Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

“Sebelum mulakan belajar, kita buka Al Quran dulu-pelajar terbaik, (SPM) 2016





Menjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia menjadi ramuan penting bagi pelajar terbaik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 peringkat negeri Terengganu Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi yang diumumkan pada 16 Mac lalu.

Pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman itu mengakui tiada petua khas dalam belajar dan mengulang kaji mengikut apa yang diajar guru nya tetapi tetap membaca sentiasa Al Quran pada waktu pagi setiap hari sebelum menelaah pelajaran.

“Sebelum mulakan belajar, kita buka Al Quran dulu, hidup kita ini adalah satu ibadah sahaja, jadi bangun pagi bukan buka buku akademik dulu, bukak Al Quran dulu, biar kita dapat keberkatan,” katanya yang merupakan anak seorang guru di Sungai Petani, Kedah.

Beliau juga menekankan hubungan baik antara manusia dengan Allah, hubungan baik dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan dan masyarakat.

Dua lagi pelajar cemerlang ialah Lam Sin Gee dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini yang mendapat 9A+ dan pelajar cacat penglihatan, Nur Syuhada Alias dari SMK Bukit Besar dengan 5A.

Menurut Husna Mardhiyyah, ketika ini dia mengikuti pengajian di Darul Quran sebelum berhasrat melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa.

Adik Husna Mardhiyyah dalam Majlis Hafazan Al Quran peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Meru, Ipoh pada 15 hingga 20 Februari 2016 lalu.

https://cempedakcheese.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA “Sebelum mulakan belajar, kita buka Al Quran dulu-pelajar terbaik, (SPM) 2016. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top