Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seorang wanita usia 50-an disyaki dalang penipuan pakej pajakan hotel yang membawa kerugian RM15 juta kepada mangsanya.

Seorang wanita usia 50-an disyaki dalang penipuan pakej pajakan hotel yang membawa kerugian RM15 juta kepada mangsanya.

Pakej tempahan hotel musim haji itu menjanjikan keuntungan 70 peratus kepada pelabur tetapi ramai yang telah tertipu, lapor portal Harian Metro.

“Sama seperti skim Hotel Makkah sebelum ini, wanita itu menjanjikan keuntungan sambil beribadat di Makkah menyebabkan ramai yang terpedaya,” kata aktivis hak pengguna Abd Halim Ikhsan.

Siasatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapati memang ia satu penipuan, kata Abd Halim, ketua unit kawal selia umrah persatuan tersebut.

“Setakat ini PPIM menerima 30 aduan mangsa wanita sama dan kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan,” katanya hari ini.


http://www.malaysiadreamnews.com/23040/wanita-tipu-tawar-pakej-di-mekah-mangsa-rugi-rm15-juta/

Mayat lelaki bunuh diri ditemui tergantung pada pokok





TAIPING – Niat seorang pelajar berusia 18 tahun untuk mandi di Sungai Pecah Batu, Trong, di sini tidak kesampaian apabila dia dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang tergantung pada tali di pokok.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Yeng Yong Sooi, 54, dari Trong dipercayai telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kepala mangsa telah tergantung dengan tali nylon di sebatang pokok.

Menurutnya, kaki mangsa pula berada di atas motosikal dan sebelah lagi di bawah.

“Motosikal yang berada di tempat kejadian pula adalah milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.


Dalam perkembangan berkaitan, Harrith Kam berkata, mayat berkenaan kemudiannya di bawah ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana menggantung diri.

“Difahamkan tidak ada saksi semasa kejadian dan tidak ada sebarang unsur perbuatan jenayah.

“Sehingga kini, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mencari ahli keluarga ataupun kenalan mangsa bagi mengetahui punca mangsa menggantung diri,” katanya. – Sinar Harian



http://www.malaysiadreamnews.com/23029/mayat-lelaki-bunuh-diri-ditemui-tergantung-pada-pokok/


Kedai Emas Goldfinch menawarkan ganjaran RM3,000 kepada sesiapa dapat jumpa pencuri barangan emas rm 50k



KULIM, KEDAH - Baru hari pertama pekerja, seorang wanita telah mencuri barang kemas bernilai hampir RM50,000 di sebuah kedai emas di Kulim.

Dalam kejadian jam 6 petang di kedai Goldfinch, cawangan Tesco Kulim semalam, suspek, Ellieya, 29, didakwa telah mencuri barang-barang kemas tersebut semasa rakan sekerjanya pergi ke tandas.

"Dia masuk kerja 24 Mei jam 4 petang. Bila kami minta kad pengenalannya, dia memberikan alasan terlupa bawa. Jadi kami pun kata, esok dia kena bagi.

"Ketika seorang kakitangan pergi ke tandas, dia mengambil kesempatan itu untuk mencuri barang-barang kemas.
"Apabila rakan sekerjanya kembali, suspek memaklumkan dia mahu keluar makan, sebelum terus melarikan diri," kata pengendali laman Facebook Kedai Emas Goldfinch.

Semakan video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, suspek telah mencuri barang-barang kemas tersebut dan memasukkannya ke dalam pakaian.


Kejadian itu hanya disedari oleh kakitangan berkenaan selepas mendapati terdapat pelbagai jenis barangan kemas bernilai hampir RM50,000 hilang, sebelum membuat laporan polis.

Justeru, Kedai Emas Goldfinch menawarkan ganjaran RM3,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya menangkap suspek. - T


http://www.thereporter.my/2017/05/baru-hari-pertama-kerja-dah-rembat.html

Pasangan beri nama anak 'Pajero Sport' -nama kereta jenis SUV keluaran Mitsubishi


JAKARTA, INDONESIA - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 26 April lalu diberi nama Pajero Sport oleh ibu bapanya, menjadi bualan netizen.

Pasangan M Muis Iskandar dan Novi Yanti, menamakan anak keempat mereka itu dengan nama kereta jenis SUV keluaran Mitsubishi, Pajero Sport.

"Telah lahir Putra Keempat kami yang bernama 'Pajero Sport'. Semoga menjadi anak yang sholeh dan berbakti kepada orang tuanya. Amin," demikian kenyataan dalam gambar yang viral di media sosial itu.

Sementara itu di media sosial, netizen tidak menyangka ada ibu bapa yang sanggup menamakan anak mereka berdasarkan nama kenderaan.

"Agak keterlaluan orang tuanya memberi nama anaknya begitu. Apabila dewasa kelak, pasti akan menjadi bahan ketawa rakan-rakannya," kata Benvario.

"Jangan-jangan anak itu dihasilkan dalam 'Pajero Sport," seloroh Joseph Arief.

"Mudah-mudahan orang tua kamu dapat beli kereta Pajero Sport ya adik kecil," kata Wajahku. - The Reporter

http://www.thereporter.my/2017/05/pasangan-beri-nama-anak-pajero-sport.html

Ibu tampil Perjelas isu Pendarahan anak








|Terdesak untuk mendapatkan bantuan dengan meraih simpati ramai, seorang ibu dipercayai sanggup meletakkan bahan pewarna pada bayinya untuk kelihatan seperti mengalami pendarahan teruk.

Itu dakwaan yang dilemparkan terhadap seorang pemilik laman sosial Facebook, Nurin Diana selepas memuat naik sebuah status bersama gambar dan video anaknya yang mengalami pendarahan.

Perkara itu menjadi tular di laman sosial selepas gambar dan videonya itu dimuatnaik ke laman sosialnya dan mendapat lebih 17,000 perkongsian setakat ini.

Ia mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya bersimpati dengan nasib bayi itu.

Tidak kurang juga mendakwa wanita berkenaan sengaja meletakkan bahan pewarna pada wajah anaknya bertujuan untuk meraih simpati dan mendapatkan bantuan secara mudah.

Terkini, wanita berkenaan dilihat telah memuat naik laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kota Tinggi, Johor lantaran tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Luahan Nurin Diana.

Dalam sebuah perbincangan atas tuduhan yang dilemparkan padanya oleh natizen beliau memaklumkan dakwaan itu adalah tidak benar,dan tujuan beliau memuat naik status itu adalah mencari penawar untuk anaknya yang sakit.

Bagaimana pun pemberita cuba mendapatkan kenyataan dari Ketua Polis Daerah Kota Tinggi berhubung perkara ini, Rabu.


http://eberita.org/ibu-tampil-perjelas-isu-pendarahan-anak/

Back To Top