Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

'Semuanya bermula dari batuk-batuk yang berlarutan & demam tak kebah...'





 Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Semuanya bermula dari batuk, kemudian disusuli dengan demam yang tidak menentu. Apabila dibawa ke hospital, doktor memaklumkan keadaan adik Muhammad Hakim Danish bin Amir Firdaus, semakin teruk.

Arwah yang sebelum ini seorang yang periang dan sihat, kini telah pergi meninggalkan keluarganya. Takziah kepada keluarga arwah, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Al-fatihah.


Dari Nani Hass

Kisah arwah adik Muhammad Hakim Danish ini sebenarnya hanya bermula pada batuk-batuk yang agak lama dan diiringi demam yang sekejap baik, sekejap panas. Penyakit ini berlarutan hingga ke dua minggu terakhir.

Semasa kami pergi ke Hospital Columbia Asia Setapak, niat kami hanya ingin membawa adiknya sahaja kerana keadaannya nampak lebih berbahaya daripada abangnya. Akan tetapi apabila di hospital, doktor yang merawat adik kepada hakim, iaitu Muhammad Hakim Danial mengatakan kepada kami bahawa keadaan arwah sangat teruk dan memintak ami bawa dia ke wad kecemasan.

Dan dari situlah arwah mula bernafas menggunakan oksigen. Demam yang tak kebah, batuk semakin teruk. Imbasan x-ray arwah juga menunjukkan ada kuman di paru-paru, tetapi keadaannya masih stabil (sebenarnya keadaannya sudah teruk, tetapi biasalah hospital swasta).

Hakim masih ditahan dan berlarutan sehingga seminggu. Keadaannya semakin teruk sehingga terpaksa ditukarkan ke wad ICU. Keadaannya juga tidak menunjukkan tanda-tanda positif, malah semakin teruk dan akhirnya ditukarkan ke PICU Institu Pediatrik Hospital Kuala Lumpur.

Kuman pada paru-paru arwah semakin banyak dan didapati ada tiga virus positif. Semakin lama, arwah semakin tenat. Oksigen yang dipakai oleh arwah tidak lagi boleh diterima. Kuman juga telah merebak pada hati dan buah pinggang.


Maaf semua, tak sanggup nak teruskan. Tiada kekuatan.

Adiknya, Danial, telah discharge pada Rabu. Akan tetapi pada tiga hari lepas bersamaan hari Sabtu, 20 Mei 2017, adik bongsu arwah iaitu Puteri Iris Aleesya juga terpaksa ditahan di wad kecemasan kerana mengalami masalah pernafasan, batuk-batuk dan demam yang berbalik.

Sehingga ke hari ini, adik Puteri masih berada di wad KK1 Institut Pediatrik bilik khas kerana dikhuatiri mengalami simptom yang sama seperti abang-abangnya.

Doakan adik Puteri Iris Aleesya cepat sembuh seperti sediakala. Amin ya rabbal alamin.


http://www.thereporter.my/2017/05/semuanya-bermula-dari-batuk-batuk-yang.html

‘Bayangkan Jatuh Menjunam Atas Zink’ – Disaat Kritikal, Pemandu Kenderaan Atas Jalan Raya Masih Pentingkan Diri Sendiri’, Ini Luahan Doktor

HAMPA KECEWA
Tengah kalut tengok kes kat klinik, tiba tiba;
' Doktor2, cepat2, ada orang jatuh muka pecah tak sedar diri kat kecemasan! Cepat doktor, doktor seorang ja kat klinik ni!!'
Zapp!

20 saat dah sampai kecemasan.

Pesakit cina, 60 tahun, jatuh dari pelantar ikan dalam ketinggian 10-15 kaki menjunam terus kepala ke atas ceracak zink.
Pufff! Membuak buak darah.

Dibawa oleh oleh kawan kawan seusia sebayanya menggunakan van cabuk.
Ada satu luka besar di atas dahi sebelah kiri dan di tepi bibir. Darah macam air terjun. Laju menderu tanpa ombak.
Kalut satu klinik.
Pesakit langsung tak menjawab apa apa cuma keluarkan bunyi mendesus. Haf haf haf.
Bila ditepuk tepuk dada, diletak jarum, syukur masih ada respons.
Mata tertutup, anak mata masih reaktif, pernafasan sedikit laju.
Tekanan darah 74/56(rendah)
Kadar nadi 113 ( laju)


Kadar oksigen dalam udara bilik 72 ( rendah)

Astagfirullah.
Pesakit berdarah terlalu banyak sampai jantung dia terpaksa bekerja keras mengepam darah.

Cool erna cool.
Lama sungguh tak dapat kes semacam ini di klinik kecil di pinggir pekan terpencil.

Tanggalkan seluar dan baju ( takut takut kalau ada lebam atau pendarahan di mana mana)
Periksa dari kepala hingga kali, kiri dan kanan, depan serta belakang.

Saya menekan luka untuk hentikan darah yang laju.
Beri high flow mask ( mask muka yang tinggi ketumpatan oksigen)
Bagi air dengan laju ( takut pesakit dehidrasi dengan kehilangan darah yang membuak)


Cuma kepala yang rosak teruk.
Dirasa rasa dalam luka di dahi kiri, terasa tempurung kepala bersepai. Boleh dirasa benda lembut, ya Allah otak ka ni?
Ya, mungkin pesakit ini mengalami luka yang dalam sehingga melibatkan keretakan tempurung kepala dan pendarahan dalam otak.
Bayangkan jatuh menjunam atas zink.
Entah berkarat atau tidak zink zink tu.

Hubungi ambulans.
Merata cari baru jumpa kerana banyak sungguh kes yang perlu dihantar ke hospital hari ini.

Alhamdulillah selepas 15 minit, pesakit sudah ada dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.

Siren ambulans dihidupkan dan ambulans bergerak laju membelah jalan yang tidaklah sibuk mana kerana ini kawasan pekan atau lebih kepada kampung.
Sepanjang perjalanan tu, masih ramai rupanya yang penting diri dan tidak mengendahkan dengan siren ambulans.
Ramai yang masih berburuk sangka ;
Alah ambulans tu saja la tu nak laju sebab tu dok bukak sirens kuat kuat tu. Toksah dok bagi jalan!


Memang ramai yang tak mahu beri jalan sampai kena masuk lane sebelah.
Berpeluh ketiak dalam ambulans dengan pesakit yang kritikal begitu, dengan ambulans lama klinik dengan aircond semacam tidak berfungsi dan terasa haba semakin meninggi apabila ramai pemandu yang pentingkan diri.
Dalam hati terfikir : macam mana kalau ini adalah mereka atau ahli keluarga mereka? Mereka akan pentingkan diri lagi kah?
Sedih.
Marah.
Kecewa.
Hampa.


Dalam kekecewaan, tiba tiba pupp! Pupp!
Ada bunyi di sebalik topeng muka pesakit itu. Aku jenguk, tengok tengok ada dua batang gigi dah tercabut dan tiba tiba pesakit tu kata : sakit sakit!
Alhamdulillah sudah boleh respons.
Bertabahlah uncle, sikit lagi kita sampai hospital.
Dalam 30 minit, kami disambut pantas oleh zon merah. Dalam 10 minit, pesakit sudah siap dimasukkan tiub pernafasan dan bersedia untuk di bawa scan kepala.

Terima kasih kepada team klinik dan hospital kerana bertungkus menyelamatkan nyawa biarpun peskit itu bukan darah daging kita.
Dan boooooo untuk pemandu yang pentingkan diri sendiri.
Sungguh rasa kecewa bila diri sendiri yang melihat dan rasa.
Sampai klinik semula, kad masih menimbun dan ada pesakit dengan wajah agak bengis. Menunggu lama barangkali.

Maaflah, saya ada nyawa yang perlu diselamatkan. Orang tak akan faham hal hal semacam ini.
Yang orang tahu
Marah
Maki
Viral


Awak tahu, di klinik klinik di kampung kampung, biasanya kita tak ada ubat dan peralatan yang cukup seperti hospital jadi kita perlu hantar pesakit dengan kadar segera untuk mengelakkan kecelakaan menjadi lebih celaka.
Awak tahu, kebanyakkan ambulans di klinik klinik di kampung kampung adalah yang lama. Jika dilihat memang uzur sungguh. Bayangkan berapa laju sangatlah kenderaan yang agak uzur boleh pecut?
Awak tahu, pendarahan yang banyak boleh menyebabkan kematian?
Awak tahu, pesakit tu mungkin ada anak isteri yang menunggu di rumah?
Awak tahu, perangai pentingkan diri awak boleh menyebabkan pesakit mati dalam ambulans?

Awak tahu, satu hari ada beratus ratus kes yang perlu ditengok. Itu belum kira kes kecemasan yang entah berapa semacam hari ini.
Awak tahu ke?
Atau awak memang suka dengar momok momok dan kata kata orang : alah klinik kerajaan ni bodoh, pemalas, makan gaji buta, ambulans tipu saja, doktor dok buat kalut. 

Suka kan bila orang mengutuk mengata?
Ya lah.
Kami memang bodoh.
Bodoh kerana walau dikutuk teruk, kami tetap perlu kerja dengan ikhlas untuk selamatkan nyawa termasuk nyawa awak.

Tak ramai yang nampak situasi ini sehinggalah diri sendiri atau keluarga rapat yang kena.

Masih terbau darah merah pekat pesakit tadi.
Moga Allah permudahkan segalanya untuknya.

Inilah kita katakan malang tak berbau.
Sedang sibuk kerja tiba tiba kemalangan terjadi.
Bayangkan anak isteri di rumah, elok pagi tadi bercium bersalam tiba tiba petang ayah suami dah tak sedar diri.

Moga kita sempat bertaubat setiap hari.
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”
(Al-Maidah: 2)

Harini saya belajar erti baru tentang hidup : pentingkan diri dan kesabaran.
Apakah sabar memiliki ukuran? 

Apakah pemikiran memiliki batasan?
Atau hanya diri sendiri yang penuh dengan tanggapan?

Nota kaki : Tuhan menilai apa yang kita beri dengan melihat apa yang kita simpan.
Dr Erna Nadia 

Bukan mengharapkan pengiktirafan, cuma perlukan sedikit perikemanusiaan.

Gambar : ambulans tadi. Biarlah rupa buruk tapi penuh jasa

Bila Guru Periksa Beg Anak Ini, Apa Yang Dia Jumpa Amat MENCURIGAKAN !!!


seorang kanak-kanak 4 tahun yang tertunggu2 kelibat ayahnya untuk menjemputnya pulang dari tadika hampa bila ayahnya tidak juga sampai2. Menyedari perkara itu gurunya segera menghubungi ayahnya tapi tak dapat. Last bila guru ni periksa beg anak ni dia bertambah curiga kerana…

Bapa Tak Muncul Jemput Anak Ini Di Tadika. Bila Guru Periksa Beg Anak Ini, Apa Yang Dia Jumpa Amat MENCURIGAKAN !!! | Anak adalah anugerah bagi setiap pasangan tetapi kalau ada ibu bapa yang sampai hati meninggalkan dan membiarkan anak mereka seolah-olah mereka itu satu objek ianya sangat mendukacitakan. Memetik kisah dari LobakMerah.com Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun ditinggalkan bapanya di tadika. Ibu kanak-kanak itu juga dikatakan telah meninggalkannya bersama bapa sebulan lalu.

Xiao Rong tinggal di Zhejiang, China bersama bapanya dan belajar di sebuah tadika di kawasan itu. Pada 16 Mei lalu, bapa Xiao menghantarnya ke tadika tersebut pada waktu pagi seperti biasa, dan itu adalah kali terakhir dia berjumpa bapanya.


Pada waktu petang, bapanya yang juga sentiasa menepati masa tidak muncul di tadika untuk menjemputnya. Selepas menunggu selama setengah jam, Xiao mula meraung. Gurunya, Looi cuba hubungi bapanya namun telefon bimbitnya dimatikan. Guru itu malah cuba menghubungi bapanya melalui aplikasi WeChat, namun gagal.

Ketika guru tersebut membuka beg sandang kanak-kanak itu, mereka mendapati ianya dipenuhi dengan pakaian musim sejuk yang tebal. Merasakan sesuatu yang tidak kena, gurunya membawa Xiao pulang ke rumah dan mendapati pintu rumah dikunci tanpa ada sesiapa di dalam.
Xiao Rong kemudian dengan tenang memberitahu gurunya, “Bapa saya sudah pulang ke Gui Zhou.” Selepas itu, dia berhenti menangis seolah-olah sudah menerima kenyataan bahawa bapanya telah meninggalkannya. Guru itu kemudian membuat laporan polis dan menjaga Xiao Rong, buat sementara waktu.


Keesokan harinya, guru lain di tadika itu cuba menghubungi ibu Xiao Rong tetapi respon yang diberi wanita itu sangat mengejutkan.

Ibu Xiao bukannya segera pulang mendapatkan anaknya itu, malah dia melepaskan tanggungjawab kepada bapanya, mengatakan dia mungkin akan dipukul jika pulang ke rumah.

Bapanya pula berkeras dan berkata jika ibunya tidak pulang ke rumah, dia tidak akan peduli tentang anak lelaki mereka. Dah kenapa dua-dua ni?!

Pada hari ketiga, pihak polis tempatan berjaya mengesan kedua ibu bapa Xiao Rong. Mereka mendapati bahawa keluarga itu mempunyai masalah kekeluargaan. Pihak polis juga mendapati bahawa ibu kanak-kanak itu mendapat pekerjaan di Gui Zhou manakala bapanya pula pulang ke kampung halaman.

Kedua ibu bapanya berjanji mahu datang ke balai polis untuk berdamai dan membawa Xiao pulang. Bagaimanapun, semalam, mereka masih tidak muncul.

Sehingga hari ini, Xiao Rong sudah ditinggalkan selama 8 hari dan apa yang menyedihkan adalah, dia seolah-olah sudah membiasakan diri hidup tanpa kedua orang tuanya.

Kes sebegini sangat menyentuh hati apatah lagi berlaku kepada kanak-kanak yang masih memerlukan kasih sayang serta perhatian ibu bapa. Semoga anak ini mendapat kebahagiaan suatu hari nanti dan ibu bapa Xiao dapat selesaikan masalah dan berdamai supaya dia tidak lagi menjadi mangsa keadaan!

Sumber:-LobakMerah

https://belogfadahsempoi.com/

burung pun jadi mangsa manusia...." Burung Merpati Ditangkap Bawa 178 Pill dadah.

#Burung Merpati Ditangkap Bawa 178 Pill dadah.

Pegawai kastam Kuwait telah merampas 178 pil dadah yang dibawa oleh seekor burung merpati baru-baru ini.
Menurut Alarabiya, pegawai di jabatan itu telah berjaya menjejak burung merpati yang datang dari Iraq itu dan menangkapnya di sebuah bangunan berdekatan dengan bangunan kastam, lapor Al-Rai.

Seorang sumber berkata, inspektor di sempadan mula mengesan merpati itu bertenggek di atas sebuah kenderaan berat. Ketika ditemui, ia kelihatan sukar bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.
Apabila didekati, pegawai mendapati terdapat satu beg diikat pada badan burung terbabit menggunakan tali.

Mereka berjaya menjejak burung itu dan merampas 178 pil narkotik yang memenuhi beg tersebut. Burung itu kemudiannya telah dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengenalpasti pemilik.

Merpati jenis Homing itu pada dulunya memang terkenal sebagai penghantar mesej dan boleh bergerak sejauh 160km.
Sumber : @Samuel Adam
Abg Shah Adun... tgok ni. Kesian bang...

gadis berusia 23 tahun bersedudukan dengan negro sehingga lahir 2 anak



DUA lelaki warga Nigeria dan dua wanita tempatan ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas dipercayai bersekedudukan di sebuah rumah di Taman Bukit Beruang, Melaka, hari ini.

Dalam operasi disertai enam pegawai penguat kuasa itu, seorang suspek wanita warga tempatan berusia 23 tahun turut ditemui bersama tiga anaknya berusia antara 12 bulan dan empat tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM Rahimin Bani berkata, keempat-empat individu berusia antara 19 dan 23 tahun itu ditahan dalam operasi 10.20 pagi hasil maklumat awam.

"Ketika tiba di rumah terbabit, terdapat dua lelaki Islam warga Nigeria bersama-sama dengan wanita Islam tempatan.

"Seorang wanita yang ditahan turut mempunyai tiga anak termasuk dua daripadanya didakwa anaknya bersama seorang lagi warga Nigeria yang bekerja di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di Pejabat JAIM, di sini, petang tadi.

Menurutmua, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkurung dan mendatangkan syak dan khalwat.



http://www.hmetro.com.my/utama/2017/05/231790/bersekedudukan-dengan-lelaki-nigeria

Back To Top