Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Saya tak nak beg ni, saya nak iPhone ni je

Kuala Lumpur: "Saya tak nak beg ni, saya nak iPhone ni je." Demikian kata-kata diterima suri rumah, Zuhaiza Abuas, 38, daripada wanita yang mencuri beg tangannya ketika solat Maghrib di surau sebuah pusat membeli-belah, di sini, 25 Februari lalu.


Zuhaiza berkata, dia menghubungi wanita itu menerusi telefon bimbitnya malah diugut pencuri itu dengan meminta kata kunci telefon sekiranya mahu beg tangan itu semula.

Akibat kejadian itu, dia kerugian hampir RM6,000 apabila hilang beg tangan, iPhone6S plus dan jam tangan pemberian suami sempena hari lahir.

"Kejadian berlaku selepas saya solat Maghrib bersama adik di surau sambil ditemani tiga anak.

"Saya ingatkan anak saya membawa bersama beg tangan keluar surau. Tetapi apabila mereka katakan tiada, saya sedar beg tangan saya sudah dicuri," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia kemudian membuat laporan di kaunter polis bantuan sebelum melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Saya nampak dalam rakaman itu seorang wanita berbaju putih berlengan panjang dan bertudung merah jambu mengambil beg tangan saya.

"Saya hubungi dia dan dengan beraninya dia meminta kata kunci telefon sekiranya saya mahu beg tangan saya.

"Tetapi saya tidak sebodoh itu kerana tiada jaminan dia memberikan beg saya," katanya.

Dia berkata, dia difahamkan kes sama pernah berlaku sebelum ini dipercayai dilakukan orang sama berdasarkan rakaman CCTV.

"Bagi saya kalau bukan rezeki nak buat macam mana, tetapi saya nak sangat dia ditangkap.

"Rasanya barangan peribadi memang perlu disimpan dekat dengan kita atau kalau boleh solat bergilir-gilir.

"Ini ingatan untuk semua, dia ambil kesempatan sebab surau waktu itu padat. Saya ingatkan semua orang baik, dah terkena pada diri sendiri baru tahu," katanya.

Zuhaiza membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada hari sama.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Saya tak nak beg ni, saya nak iPhone ni je. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top