Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Penjelasan Pihak Polis Kenapa Remaja Ini Tidak Boleh DI Dakwa Kerana Membunuh

Remaja buat pusingan U selepas terbayang lori?Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati pemandu secara tiba-tiba melakukan pusingan U ke lorong memotong.

BUTTERWORTH: Pemandu remaja yang merempuh keretanya dengan beberapa kenderaan lain ketika meluru lawan arah trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam berbuat demikian selepas dia terbayangkan sebuah lori, menurut polis Seberang Perai.



Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati pemandu Proton Gen-2 berusia 19 tahun itu melakukan pusingan U di jalan sama sebelum memandu laju melawan arah trafik sejauh 5km.

Ia kemudian merempuh sebuah kereta Perodua Kelisa menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26.Nik Ros berkata remaja tersebut tidak memasuki arah bersebelahan melalui sebuah bukaan untuk kenderaan kecemasan seperti dilapor sebelum ini.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja tersebut selama 4 hari. Dia dilihat dalam keadaan kaku ketika berjalan melepas sekumpulan wartawan.Bayangan lori

Menurut Nik Ros, remaja itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth.

Dia terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke Plaza Tol Sungai Dua.
Di situ, dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas melakukan pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan.

“Ketika melakukan pusingan secara tiba-tiba itu, dia menggeser 3 kenderaan lain sebelum memandu 5km dan merempuh sebuah Perodua Kelisa dan 5 lagi kenderaan.

“Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati tidak ada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya,” Nik Ros memberitahu wartawan hari ini.

Dakwaan bunuh

Insiden semalam mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan gesaan supaya remaja itu didakwa atas tuduhan membunuh.Bagaimanapun, Nik Ros berkata ia tidak boleh dilakukan kerana tindakan itu tidak berniat membunuh.

Menurutnya, Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan bunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun.


Nik Ros turut mengesahkan remaja tersebut dalam keadaan khayal kerana pengambilan dadah, tetapi polis masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol.


Menurutnya, remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Penjelasan Pihak Polis Kenapa Remaja Ini Tidak Boleh DI Dakwa Kerana Membunuh. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top