Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kurang kasih sayang seorang ayah, wanita ini kongsikan 18 tahun ditinggalkan bapa kerana seorang "perempuan perampas"

Besar sebenarnya tanggungjawab seorang bapa, bapa adalah tempat anak-anak berkasih sayang dan berlindung. Setiap anak-anak pasti ingin merasa kasih sayang seorang bapa. Orang tua-tua dahulu berkata cinta pertama anak perempuan adalah bapa mereka.


Tetapi, cinta pertama dan kasih sayang seorang bapa hanya dapat dirasai sekejap sahaja oleh wanita ini apabila bapanya telah meninggalkannya sekeluarga hampir 18 tahun.

Bapanya sanggup meninggalkan wanita ini dan ahli keluarga hanya kerana ‘isteri baru’. Wanita ini berkongsi ibu bapanya telah bercerai ketika dia masih berumur 10 tahun, sejak dari itu dia sudah tidak dapat berjumpa dengan bapanya.

“Ibu bapa aku bercerai masa umur 10 tahun. Kalau nak cerita apa terjadi, boleh buat novel dah. So kita pendekkan. Aku gadis, aku manja dengan ayah sejak kecik. Orang cakap, cinta pertama anak perempuan itu dengan ayah dia. Ayah pelindung, dengan ayah kita rasa selamat. Tapi bukan aku, ayah aku curang.

“Disebabkan bini baru dia,ayah aku lupakan kami adik-beradik sampai tak mengaku kami anak-anak dia,” tulisnya

Hampir 18 tahun wanita ini tidak berjumpa dengan bapanya, wanita ini juga tidak mengetahui di mana bapanya berada. Dahulu bapa mereka pernah untuk berjumpa dengannya dan adik-beradik, tetapi selepas berjumpa dengan bapanya.

‘Isteri baru’ bapanya telah memaki hamun ibunya kerana mengizinkan bapanya berjumpa anak-anak, selepas dari kejadian itu mereka sudah tidak dapat berjumpa bapanya.

Sejak ibu bapanya bercerai wanita ini akui sudah tidak dapat merasa kasih sayang seorang bapa. Pada umur 10 tahun wanita ini sudah mula berdikari, menjadi kuat dan tabah kerana tidak mahu melihat ibunya sedih.

Malah, wanita ini mula menanam rasa benci pada bapanya, semakin wanita ini benci pada bapanya semakin dia berasa kuat.

“Semakin aku benci, semakin aku kuat hadap dunia ni. Semakin aku berdendam semakin aku kuat berusaha. Sehingga, aku benci lelaki lebih-lebih lagi lelaki curang dan perempuan yang merampas suami orang. Sebenci-benci aku kat dia, aku sentiasa titipkan doa supaya Allah ampunkan dosa dia, mak dan keluarga aku. Sebenci-benci dia kepada ank-anak dia,aku doakan juga, aku pasti dia doakan utk kami jugak,” tulisnya

Walaupun sudah 18 tahun tidak berjumpa bapanya wanita ini masih lagi rindukan kasih sayang seorang bapa. Disebabkan ingin merasakan kasih sayang seorang bapa, wanita ini menumpang kasih sayang bapa dari bapa rakan-rakannya.

Malah, wanita ini merasakan kasih sayang seorang bapa itu penting pada anak-anak. Apabila ada bapa, anak-anak akan rasa selamat dan tidak perlu untuk berpura-pura tabah kerana ada orang yang akan mempertahankan anak-anak iaitu bapa. MissA/UtaraNews.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Kurang kasih sayang seorang ayah, wanita ini kongsikan 18 tahun ditinggalkan bapa kerana seorang "perempuan perampas". TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top