Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

orang kita ni suka letak bantal di bahagian cermin belakang kereta- itu semua mendatangkan bahaya pada diri kita????


Tak pastilah sama ada aku seorang je yang perasan perangai kebanyakan orang kita ni suka letak bantal di bahagian cermin belakang kereta. Ada bantal strawbery (tanda dia pernah pergi Cameron), bantal kecik 2 biji, etc. Dah macam pelamin pulak jadinya.

Tapi tahu tak itu semua mendatangkan bahaya pada diri dan kereta di belakang? Bayangkan kereta di depan korang yang suka letak bantal-bantal ni, tiba-tiba brek dan korang tak sempat elak lalu menghentam kereta di depan. BANG!!!
Kereta di belakang pula, sudahlah tak dapat nak tengok keadaan di depan kereta korang gara-gara bantal tadi + dah jaga jarak antara dua kereta, BANG!!! Terlanggar bontot kereta korang. 

Apa yang jadi? Depan belakang kereta ko remuk kena cium.
Tak perlulah nak buat taman tema, pelamin, dekorasi bersama Eric Leong atau hutan di belakang cermin kereta tu. Biar clear dan bagi orang di belakang boleh menerusi cermin kereta korang tu. Selain tu, tak payahlah guna tinted gelap kat belakang tu. 

Jangan bila dah berlaku kemalangan nanti, baru nak menyesal. Time tu memang layaklah korang hantuk kepala kat lantai macam burung Trash Doves tu. Sokong sangat-sangat. 

Tolonglah, tolonglah jangan buat pelamin atau apa-apa dekorasi di belakang tu. Cukup-cukuplah dengan masalah tak reti bagi signal. Kalau kau pandu bas takpe, ini tidak, kau pandu kereta kecil bontot menongek, letak plak bantal bagai. Makin tak nampak. Aduhai.. 

Teguran ni untuk keselamatan diri dan kereta korang juga. Dah 2017 ni, berubahlah. - Pengadu
Gambar hiasan | Kredit Foto: Mr Jocko



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA orang kita ni suka letak bantal di bahagian cermin belakang kereta- itu semua mendatangkan bahaya pada diri kita????. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top