Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Suamiku seorang kaki botol dan kaki pukul..-Balik2 tanya saya. Dah puas ke main tadi. Berapa round main tadi....




Assalamualaikum.
Saya seorang isteri kepada seorang lelaki yang hanya pentingkan diri sendiri.
Suami saya seorang kaki botol dan kaki pukul. Saya ibarat perempuan murahan pada mata dia. Perasaan saya bagi dia hanya la sandiwara semata-mata. Tangisan saya ibarat pendustaan dan lakonan sahaja.


Hampir setiap hari saya dipukul, atas alasan yang xmunasabah. Dia tuduh saya curang dan dia tuduh saya tidur dengan lelaki lain.. Sumpah saya cakap, saya xpernah curang sepanjang perkahwinan kami. Dia ibarat pyscho a+ hahaha.. Ya allah berdosa nya saya. Jujur saya cakap. Dah xtahu nak luah dekat sape lagi. Malu nak cerita dekat orang lain masalah saya nie. Kami ni pantang gaduh sikit, bila gaduh mula la dia pergi cari arak and balik2 pukul saya macam orang gile. Saya sampai terpikir, dalam hubungan suami isteri ni xboleh ke saya nak merajuk sikit2. Hidop dah macam tunggul kayu, salah cakap sikit kene pukul.


Saya nak cerita kisah mabuk dia. Dia mabuk bukan macam orang lain. Minum sekali dah puas, tapi dia minum macam arak tu nak habis kat kedai tu. Dia minom sampai dia puas, senang cakap sampai duit dia habis. Dia kerja dengan abang dia, so bila nak duit or etc dia akan buat ayat kata nak beli susu anak la apela.. jadi kan anak dan isteri sebagai mangsa bila nak pinjam duit. Bila mabuk balik rumah pukul saya, tuduh saya macam2. Sedangkan dia yang keluar tinggalkan saya dan anak kat rumah, lepas tu tuduh pulak saya yang curang, tuduh ade lelaki lain masuk rumah la. Balik2 tanya saya. Dh puas ke main tadi. Berapa round main tadi. Saya sampai dah xtahu nak jawab ape & cakap ape lagi. Nak jadi gila saya dengan semua nie. 

Kalau seminggu sekali ok lagi. mungkin boleh hadap, tapi ni hampir hari2. Bayangkan pressure saya macam mana.
Malam tadi lepas dia mabuk dia balik rumah, balik2 rumah terus dia cakap aku dah tahu ko curang dengan aku kan. Tadi aku lepak dengan budak ni. Dia kata esok dia start kerja dekat kilang chemical. And guess what. Dia tuduh saya yang recommend budak tu kerja tempat saya. HAHAHA. Seriously saya hilang kata2. Dia ingat dekat negeri ni kilang chemical satu je ke?? Bayangkan kita duduk rumah diam2, tiba2 suami kita balik dari mabok tuduh kita macam2. Pakej pukul sampai rasa macam nak mati time tu jugak. 


Niat nak berpisah tu tiap2 hari datang. Cuma xtahu mana nak pergi. Anak saya baru 2y. Niat di hati nak merantau jauh2. Tapi pikirkan ansk trros xjadi. Anak saya pulak sekali tengok papa dia pukul saya. Teros dia marah2 papa dia. Saya menangis bila kene pukul or maki bukan sebab sakit. Tapi sebab sedih dengan keadaan anak saya sebab dapat parents macam kami yang TAK BAHAGIA. Sakit kene pukul memang sakit, tapi saya dah lali. Sakit kene pukul xsesakit hati yang dilukai.


Saya pernah lari pergi rumah mak, dia tahu saya lari dia buat kecoh dekat rumah mak. Saya siap call polis lagi. tapi dia tu memang xde perasaan takot, dia siap maki polis tu lagi. MIL saya memang dah xnak ambik tahu pasal dia.. ibarat macam ni la. Time senang MIL sayang. Time susah lantak korang la. Family dia mrmang tahu perangai dia macam nie. Tapi memang dorang xnak ambik tahu langsung.

Kepada kaum adam, tolong la hargai isteri anda. Saya seorang isteri anyg bekerja. Kereta, motor semua saya punya. Rumah sewa saya sekarang, saya siap share bayar lagi dengan dia. Sebab saya paham dia susah. Tapi kesetian, pengorbanan saya selama ni ibarat lakonan semata-mata bagi dia

. Duit dia boleh dikatakan hanya untuk hobi dia dan makan kami, tp tu pon berkira bukan main lg. aishhh entah la.
Terima kasih semua sudi baca luahan hati sy, doakan sy dan ank sy ye. Semoga suami sy berubah menjadi seorang lelaki yg berguna. Amin
Yesterday at 15:31 · Sent from Web
Aisha Sofea
hide msg plak. hide fb. hihi



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Suamiku seorang kaki botol dan kaki pukul..-Balik2 tanya saya. Dah puas ke main tadi. Berapa round main tadi..... TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top