Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

“Sekarang, suami selalu menghubungi bertanya macam-macam seperti bila mahu pulang dan saya bersama siapa,"




Kuala Lumpur: Pelakon Catriona Ross memaklumkan suaminya mula menyimpan perasaan cemburu sejak dia mengurangkan berat badan sebanyak 17 kilogram.

Catriona atau nama sebenarnya Norhayati Ross Bahrin Ross berkata, suaminya bertambah mengambil berat terhadapnya setiap kali berada di luar rumah.

"Dulu sewaktu badan berisi, suami tidak bersikap seperti ini dan kurang risau apabila saya keluar rumah.

“Sekarang, dia selalu menghubungi bertanya macam-macam seperti bila mahu pulang dan saya bersama siapa," katanya.

Selepas dua tahun menyepi, Catriona berkata, semangat untuk kembali aktif dalam bidang lakonan hadir selepas menguruskan badannya.

"Saya pernah menerima komen negatif daripada produser kerana badan berisi sehingga menyebabkan saya hilang keyakinan diri dan tertekan. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika," katanya.

Menurut Catriona, dia hanya mengambil masa lima bulan untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Saya tidak mengambil makanan tambahan ataupun menjalani pembedahan buang lemak, sebaliknya banyak bersenam dan aktif mendaki gunung," katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga anak ini berkata dia selesai menjalani penggambaran drama Cucu Tauke Beras untuk HyppTV, di Besut, bulan lalu.

"Suami tiada masalah saya kembali berlakon, malah memberi sokongan kerana mengetahui minat saya terhadap bidang itu," katanya.


 http://www.hmetro.com.my/node/206295



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA “Sekarang, suami selalu menghubungi bertanya macam-macam seperti bila mahu pulang dan saya bersama siapa,". TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top