Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

“Dia minta kebenaran untuk mengaji di tahfiz dengan memakai telekung warna putih-PERMINTAAN MANGSA LEMAS DI BAUKSIT




Permintaan Terakhir Sebelum Ajal|Ibu kanak-kanak yang mati lemas bersama dua rakannya, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, tidak menyangka permintaan anak bongsunya memakai telekung putih sehari sebelum kejadian adalah petanda dia akan pergi selama-lamanya.

Nor Habibah Aidil, 50, berkata, pada malam Jumaat lalu, Nureen Ain bersungguh-sungguh meminta kepadanya untuk memakai telekung putih bagi menunaikan solat isyak di tahfiz di Sungai Karang, iaitu tempat anaknya mengaji.

“Selepas solat maghrib di rumah, dia akan pergi mengaji di tahfiz berkenaan… waktu itu dia minta nak pakai telekung putih sedangkan kebiasaannya dia suka pakai telekung warna hijau. Waktu itu saya tidak rasa pelik.

“Biasalah kalau hendak pakai telekung putih untuk solat. Namun kali ini dia bawa telekung putih itu pergi mengaji serta pakai masa solat isyak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Sungai Karang Darat, Beserah di sini.

Nor Habibah berkata Nureen Ain adalah anak tunggal perempuan daripada enam beradik dan seorang kanak-kanak yang aktif serta periang hingga semua guru mengenalinya.

Beliau berkata, sebelum tragedi itu, Nureen Ain juga menunjukkan sikap pelik apabila bersungguh-sungguh meminta kebenarannya dan suami Mohd Sharif Awang Ngah, 50, untuk belajar mengaji di tahfiz berkenaan.

“Dia minta kebenaran untuk mengaji di situ kerana menurutnya kawannya pun hendak mengaji di tempat yang sama, jadi saya dan suami benarkan… sempatlah arwah mengaji dua malam di situ,” katanya.

Beliau yang sedih dengan pemergian anak tunggal perempuannya itu, bagaimanapun tetap reda dengan ketentuan Allah SWT.

Jenazah Nureen Ain selamat dikebumikan kira-kira 11 pagi tadi dengan dihadiri anggota keluarga terdekat serta jiran.

Suasana hiba yang menyelubungi kawasan tanah perkuburan itu menjadi gempar seketika apabila Nor Habibah tiba-tiba pengsan selepas selesai upacara tersebut akibat terlalu sedih dengan kejadian tersebut.

Beliau kemudian dipapah ke wakaf kecil berhampiran dan diberi bantuan oleh saudara mara serta jiran sebelum sedar kira-kira 10 minit kemudian.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang Sabtu Nureen Ain ditemui lemas bersama dua rakannya yang juga pasangan adik-beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan adik lelakinya Mahathir Mohamad, 7, ketika bermain di kawasan sekitar bekas lombong bauksit di Sungai Karang.




http://eberita.org/permintaan-terakhir-sebelum-ajal/






https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA “Dia minta kebenaran untuk mengaji di tahfiz dengan memakai telekung warna putih-PERMINTAAN MANGSA LEMAS DI BAUKSIT. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top