Suami berdosa jika tidak jalankan tanggungjawab yang Allah berikan untuknya. Seperti membiarkan isteri tidak menutup aurat tanpa menegurnya. Suami berdosa kerana tidak melarang kemungkaran kerana itu tanggungjawab ke atasnya.
Adapun dosa isteri tidak menutup aurat itu isteri yang tanggung bukan suami. Suami yang sengaja pamerkan kecantikan isteri pada umum ( lelaki ajnabi ) adalah suami yang dayyus. Suami yang dayyus tidak akan ke syurga. Lelaki dayyuus ialah lelaki yang tidak dapat menegah kemungkaran yang dilakukan oleh isteri dan anak2 nya.
Juga yang dimaksudkan dayyus ialah lelaki yang tidak ada pun sifat cemburu terhadap isterinya. "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 ) Persoalannya,lelaki yang sengaja upload gambar isterinya kepada umum (lelaki ajnabi) tidak adakah sifat cemburu apabila lelaki lain melihat isterinya,memuji isterinya,adakah dia rasa makin happy ? Jika happy tidak syak lagi talbis iblis sedang membaluti hatinya.
Jika suami telah melarang perbuatan isteri tersebut namun isteri tetap melakukannya maka terlepaslah suami dari dayyus. Usahlah para suami dengan sengaja meletakkan gambar isteri.Kerana lelaki ajnabi boleh saja save gambar tersebut untuk menjadikannya fitnah. Gambar tutup aurat atau tidak itu bukan persoalannya,akan tetapi jangan biarkan wajah isteri anda tersebar di tangan lelaki ajnabi.
Hal ini juga termasuklah ketika sesi photography sama ada di majlis pernikahan ataupun majlis2 lain. Jika isteri anda melakukan hal demikian nasihatlah dia,laranglah dia. Tidak ada apa2 keperluan pun untuk meletakkan gambar isteri di facebook melainkan anda suka lelaki lain melihat isteri anda. Anda jadikan dia isteri bukan untuk dikongsi dengan lelaki lain buat santapan ( tatapan ). Jadilah suami yang bijak.
Labels:
agama
TERIMA KASIH SUDI BACA Suami Yang Membiarkan Isteri Tidak Tutup Aurat Adalah Suami Dayyus, Suami Yang Dayyus Tidak Akan Masuk Syurga - Nur Puteri Dayana. TOLONG SHARE...!