Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Lepas berzina berulang kali, gugurkan anak telah 3 kali, mandi wajib tak pernah sekali pun

Bukan Senang Nak Jadi BaikBerbagai bagai ujian mesti dihadapi, ditempuh jika ingin berubah menjadi orang baik. Nak jadi jahat memang mudah, langgar aja perintah Allah, terus jadi jahat. Minum arak, buka aurat, berjudi, ambik rasuah , bergaduh, membunuh tanpa hak, berbohong, khianat, menganiaya dan menzalimi makhluk Allah.

Nak jadi baik tu yang payah. Tambahan nak jadi hamba yang Allah redhai. Kena solat, kena puasa ramadhan, kena menutup aurat, kena jaga maruah diri, amanah, jujur, setia dan sabar.

Nak solat kena belajar dulu mandi wajib, kena tahu jenis najis dan jenis air, kena tahu berwudhuk dan perkara perkara yang membatalkan wudhuk, kena belajar rukun solat dan perkara yang membatalkan solat. Tapi...

Bila rukun Islam pertama telah dicabar, hingga mengeluarkan kata kata begini, dah takde apa lagi cara untuk menjadi hamba Allah yang diredhai. Kalau jadi baik pun, itu urusan antara diri dengan saja lagi.

"Kalau macam ni susahnya nak berubah, saya keluar je lah dari agama Islam."
Jelas ayat ini dia mahu keluar dari agama Islam. MURTAD!

Saya ajak mandi wajib mengelat. Kuku penuh cutex. Lepas berzina berulang kali, gugurkan anak telah 3 kali, mandi wajib tak pernah sekali pun, macamana mahu berubah. Setakat tatoo saya kata tak apa, cuma macam lukisan dengan marker. Air masih boleh sampai kulit.

Mandi wajib tak lepas, macamana nak melakukan ibadah ibadah lainnya?
Jika tak mandi wajib, bererti tak payah solat, jadi apa bezanya dengan orang bukan Islam. Mahu berubah samalah berhijrahnya seseorang sebelumnya kafir menganut agama Islam. Jika nama saja dilahirkan Islam tetapi tidak pernah melaksanakan ajaran Islam. Lepas tu kata lagi " saya keluar je lah dari agama Islam." Bila pulak selama ini mengamalkan cara bidup Islam?
Latar belakang kisah...

Dia adalah seorang anak angkat. Dibesarkan di dalam keluarga harmoni. Ada abang dan ada kakak. Dia anak bongsu. Dia disayangi dan dimanjai. Namun, dalam limpahan kasih sayang keluarga, dari zaman kanak-kanak sudah menunjukkan sikap melawan dan membantah. Suka ikut peel sendiri. 

Meningkat remaja makin menunjukkan sikap kebiadapan. Melawan dengan kata kata kesat yang menyakitkan. Sedangkan beza umur dengan kakak tidak jauh beza , mendapat didikan yang sama, hidup dalam keluarga yang sama dan dihantar ke sekolah yang sama. Sikap tercela lahir dan tumbuh dari dalam diri sendiri.

Benar ada hadith Rasulullah, setiap anak yang dilahirkan ibarat kain putih, ibu bapalah yang menjadikan ia hitam atau putih. Siapa yang mewarnakan anak ini menjadi warna hitam?

Semakin meningkat remaja semakin liar dan susah dibentuk. Ponteng kelas, ponteng sekolah, merokok, couple dan mula clubbing. Rumah menjadi tempat persinggahan, rasa nak balik, balik. Bila keluar rumah, langsung tidak minta izin atau memaklumkan kepada emak ayah. Emak ayah sudah tidak peduli lagi akan keujudannya. Jika mereka tidak dihormati, apa lagi yang mereka harapkan untuk membentuk anak soleh.

Dakwaan dia menyatakan tidak pernah diajar mandi wajib, tidak pernah diajar mengerjakan solat seperti mahu menyalahkan keluarga. Dakwaan kurang kasih sayang adalah dari sikap cemburu , iri hati dengki apabila dia mendapati dirinya anak angkat. Dia tidak menghargai segala perhatian yang diberikan selama ini sebaliknya asyik mencari salah keluarga dan kekurangan keluarga.

Akhirnya berbulan bulan tidak pulang ke rumah, kerja sebagai gro sebuah kelab. Usia mencapai 20 tahun telah 3 kali melakukan penguguran janin. Terbaru, usia kandunga sudah masuk 6 bulan, minum arak, ambil dadah akhirnya perut sakit keterlaluan, keluar cairan tidak berhenti. Di bawa ke hospital, janin keluar dengan sendiri. Mati. 

Tak sampai 2 minggu sudah mula ambik dadah dan arak semula. Kata nak bertaubat dan berubah tetapi tidak berhijrah. Berbakul bakul nasihat diberikan tetap bertangguh juga. Mahu jauhkan diri dari boyfren , tapi masih berjumpa. Nak berhenti ambik dadah tetapi pergi tinggal dengan kawan yang memang ada barang. Selalu lihat update status fb mahu bertaubat, mahu berubah tetapi tidak ada usaha meninggalkan maksiat.

Itu saya kata nak jadi baik bukan senang jika masih menghubungi teman lama, masih cari kawan lama. Tidak mampu kita berubah tanpa hijrah. Kawan dan teman lama akan mempengaruhi , akan memperlekeh usana kita mahu berubah dan akhirnya terjerumus lagi.

Kali ini terjerumusnya lebih dasyat. Hingga mengeluarkan ayat ayat meninggalkan agama Islam.

Pada keluarga angkat, buruk mana pun anak itu jangan dihina dia, kamu yang ambik dia dulu kenapa apabila sudah jadi begini dia dihalau begitu mudah. Hancur sungguhkah hati kamu. Tidak ada secalit kasih untuk dia?
Sambungan....
Admin
Ummi Muna liza
#BaitusSolehah



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Lepas berzina berulang kali, gugurkan anak telah 3 kali, mandi wajib tak pernah sekali pun. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top