Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Untuk lelaki-lelaki di luar sana yang bergelar ayah yang merokok, sudahkah cukup segala persiapan untuk ditinggalkan kepada isteri dan anak-anak



 Oleh Rusyainie Ramli



Di hening pagi ini, saya dikejutkan dengan berita pemergian anggota di bawah naungan saya. Usianya masih muda, baru melepasi umur 30-an. Anak-anaknya masih kecil tetapi siapa sangka sakit jantung yang menyerangnya secara tiba-tiba di saat semua orang lena diulit mimpi itulah tanda untuk dia tiada buat selamanya.

Dia digegaskan ke hospital, tetapi dia gagal diselamatkan.

Dia perokok semasa hayatnya. Memang ajal maut itu Allah juga yang Maha Mengetahui tetapi, rokok itulah meragut nyawanya!

Ini bukan kes pertama saya. Serangan penyakit jantung sudah seolah-olah menjadi satu kebiasaan. Bekerja di kalangan lelaki yang di usia produktif, sepatutnya penyakit jantung bukan sesuatu yang lazim tetapi kini tidak lagi.

Semakin lama, semakin muda usia pesakit saya yang mengalami serangan jantung. Sungguh menakutkan dan menggerunkan. Mereka punya satu persamaan iaitu, mereka merokok dan mereka telah mula merokok sejak dari usia remaja lagi.
Wahai mak ayah di luar sana, tolonglah berbuat sesuatu. Tanamkan kebencian kepada rokok di dalam diri anak-anak kita di usia mereka masih kecil lagi. Tunjukkan segala kemudaratan rokok yang ada di hadapan mata kita.


Untuk lelaki-lelaki di luar sana yang bergelar ayah yang merokok, sudahkah cukup segala persiapan untuk ditinggalkan kepada isteri dan anak-anak sekiranya terjadi perkara yang sama seperti pesakit saya hari ini? Sanggupkah kita melihat isteri dan anak-anak hidup merana kerana kita sibuk sangat melayan kenikmatan beberapa saat bahana nikotin sedangkan kesihatan itu tidak boleh dijual beli?

Sudah berbuih mulut saya menasihatkan semua anggota dan pegawai yang saya kenali. Itulah yang saya ulang-ulang setiap hari selama bertahun-tahun. Entahlah, saya juga sudah mati akal dibuatnya.

Innalilhiwainnailaihirajiun...

Saya dan anak-anak anak tunjukkan tanda protes pada perokok yang biadab, yang menghembuskan asap depan kami. Sudahlah diri sendiri mencari penyakit, mahu dibabitkan orang lain juga. Kalau itu bukan kurang ajar, apa lagi mahu dikatakan?



http://www.thereporter.my/2017/02/kepada-perokok-bergelar-bapa-dah-cukup.html





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA Untuk lelaki-lelaki di luar sana yang bergelar ayah yang merokok, sudahkah cukup segala persiapan untuk ditinggalkan kepada isteri dan anak-anak. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top