Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika dipercayai melakukan penyambungan haram dari tiang elektrik


SEMPORNA: Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika dipercayai melakukan penyambungan haram dari tiang elektrik ke rumah berhampiran di Jalan Bubul Lama dekat sini, petang tadi. 


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Izham Borhan, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.30 petang sebelum menghantar tujuh anggota bersama dua jentera ke lokasi. 


"Sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati tergantung di tiang elektrik dipercayai terkena renjatan elektrik," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. 


Fazizul Izham berkata, bomba dibantu oleh petugas Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menurunkan mangsa dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika dipercayai melakukan penyambungan haram dari tiang elektrik . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top