Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Saya dirogol luah wanita berusia 54 tahun



Saya dirogol luah wanita berusia 54 tahun|Seorang ibu tunggal berusia 54 tahun mendakwa dirogol individu dikenalinya ketika dia tinggal bersendirian, dalam kejadian di sebuah kampung di Batu Kikir, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa dikatakan sedang tidur di ruang tamu rumahnya, namun terkejut setelah menyedari kehadiran lelaki tersebut  di hadapannya.

Menurut mangsa, dia tergamam berikutan lelaki itu berada dalam keadaan berbogel dan memaksanya untuk melakukan hubungan seks.

“Saya terkejut dengan situasi itu. Saya cuba jerit tetapi tiada orang dengar. Lokasi rumah saya jauh terpencil.

“Bila kehendaknya tidak dituruti, lelaki itu menghentak kepala saya ke dinding sehingga belakang kepala saya bengkak,” katanya.

Mangsa berkata, dia berjaya melarikan diri dan memaklumkan kejadian berlaku kepada jirannya.

Menurutnya, dia bersama jiran kembali semula ke rumahnya dan mendapati lelaki berkenaan melarikan diri dengan sebuah motosikal.

“Orang kampung cuba buru lelaki itu tetapi hanya menemui motosikal yang ditinggalkan di tepi semak,” katanya.

Mangsa berkata, tiada barangan berharga miliknya hilang dalam kejadian itu, namun mendapati tingkap rumahnya diumpil lelaki tersebut dipercayai digunakan untuk pecah masuk.

Katanya, dia ditemani jiran membuat laporan di Balai Polis Melang pada jam 6 pagi hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Haslah Bachok berkata, pihaknya menerima laporan dilakukan wanita berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Dipercayai suspek lelaki berkenaan berusia sekitar 34 tahun, memecah masuk rumah mangsa kira-kira jam 3 pagi. Suspek juga dikatakan mengambil kesempatan ke atas mangsa.

“Kita sedang memburu lelaki berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Saya dirogol luah wanita berusia 54 tahun. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top