Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

masih ada lagi rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan begitu daif....dalam 40 minit saja dari KLCC




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebak rasa bila pergi melawat satu keluarga ini yang tinggal di Sungai Buloh yang mana umum tahu ia berhampiran dengan ibu kota, Kuala Lumpur. 



Rasa marah bila dapat tahu masih ada lagi rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan begitu daif. Kalau mereka tinggal dalam kawasan hutan, logik juga mereka (pihak berkenaan) tak tahu. Tetapi ini dalam 40 minit saja dari KLCC. Paling lambat pun 1 jam disebabkan kesesakan jalan. 


Saya rasa mungkin kena panggil wartawan, wakul rakyat atau orang berkenaan dulu untuk turun padang bagi membantu keluarga ini. Bila dah masuk TV nanti, barulah mereka akan hantar bantuan agaknya. Nak tunggu jurugambar rakam gambar, baru nak acah-acah prihatin. 


Keluarga miskin yang saya maksudkan ialah keluarga Masridah Mansor atau Kak Mas. Suaminya tidak bekerja kerana mengalami masalah kesihatan. Mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah. Itu pun tahun-tahun sebelum ini mereka tidak bersekolah kerana tiada duit. 


Saya taip panjang lebar ini bukan apa, sebab nak minta jasa baik anda semua menghulurkan bantuan pada Kak Mas ini. Dia bekerja jual tanah baja saja di Sungai Buloh. 

Kalau tak mampu tolong dengan wang ringgit, tak mengapa. Tolong share post ini pun sudah memadai. Manalah tahu bila dah viral nanti baru ada menteri nak tolong. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Zulfadli Alias (https://goo.gl/LOj8Y1) atau Muhammad Hazwan (https://goo.gl/M0xbJ7) atau saya sendiri (https://www.facebook.com/zulfadli.alias.5/posts/1436120139755122) di Facebook.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA masih ada lagi rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan begitu daif....dalam 40 minit saja dari KLCC. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top