Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

KU RELA BERSENGKANG MATADEMI MU ANAKKU SAYANG!-Naima Yuzi

KU RELA BERSENGKANG MATADEMI MU ANAKKU SAYANG!
-Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Biarlah air mata menjadi peneman andai itu yang dapat melegakan resah di hati. Tidak putus-putus doa dipanjatkan agar orang yang disayangi kembali sihat. Begitulah yang dilalui oleh Naima Yuzi Mhd Yati apabila menerima takdir anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari disahkan sakit pada usia enam bulan.

Berjurai iar mata saat mendengar kata-kata daripada doktor. Lidah seakan-akan kelu untuk berbicara. Hanya hati meronta-ronta dan tertanya kenapa anak aku yang dipilih! Namun, kesakitan itu akhirnya dapat ditelan biar pun sepahit hempedu. Naima percaya, apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah S.W.T.
Kepedihan yang dialami cuba disembuhkan dengan mengadu kepada Allah. Melihat wajah anak yang mulus tanpa secalit dosa, hatinya mula tenang. Walaupun dia tahu, anaknya itu sedang bertarung antara hidup dan mati. Diambilnya tangan yang kudus itu lalu diletakkan di pipinya. Tanpa disedari, air mata mengalir.

Kini dalam sedar tak sedar, anaknya yang bernama Akmalrul Haikal sudah berusia 10 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Air matanya pun masih belum kering mengenangkan nasib anak yang sentiasa dirindui dan disayangi.
Menurut Naima yang kini menetap di Taman Sri Duyung, Melaka, Akmalrul telah disahkan menghidapi penyakit kronik.

“Saya dapat tahu dia sakit ketika berusia enam bulan. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika doktor memaklumkan bahawa anak saya ada penyakit kronik. Doktor kata dia ada sakit iaitu global development delay, congenital cm, cerebral atrophy , crohn's disease dan perianal fistula.

“Gelap sekejap dunia saya rasakan. Namun saya kuatkan semangat walaupun hati sudah luluh. Saya terima takdir itu dan pasrah. Sedikit pun saya tidak pernah lupa berdoa agar anak saya dipanjangkan umur dan sembuh walaupun pada hakikatnya dia tidak berpeluang untuk sembuh,” ujar Naimah menahan sebak.

Jual kuih tampung kos rawatan
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Rawatan untuk Akmalrul boleh dikatakan agak tinggi sedangkan kehidupan Naima dan suami tidaklah sebesar mana. Dia hanya seorang suri rumah manakala suaminya bekerja sebagai polis bantuan. Bagi membantu suami, Naima membuat kuih untuk menampung kos perubatan Akmalrul. Berapa sangatlah kalau nak harapkan hasil jualan kuih tersebut.
Namun, bagi Naima, sedikit atau banyak bukan masalahnya. Apa yang penting dia berusaha untuk memastikan anak syurganya itu mendapat rawatan terbaik. Selain pendapatan suami dan hasil jual kuih, dia juga dapat bantuan daripada Persatuan Kebajikan Melaka sebanyak RM230 sebulan.

“Susah payah saya menjaga dia hanya Allah sahaja yang tahu. Saya pernah juga berjimat berelanja dan makan apa yang ada semata-mata nak belikan bag stoma dan ubat-ubatan. Nak pinjam dengan orang pun, hutang lama masih belum terbayar. Kami sudah banyak berhutang sebab nak mulakan perniagaan kena gunakan modal. Ketika itu pula anak saya keluar masuk hospital. Terus terang saya cakap ketika itu hanya air mata sahaja yang setia menemani saya.

“Pernah satu ketika saya cakap kalau Allah nak ambil dia, ambillah sebab saya sudah redha dan tidak sanggup lagi melihat dia menanggung kesakitan. Sampai begitu sekali fikiran saya. Paling sedih apabila doktor kata otak anak saya terdapat keradangan di mana ada di antara saraf tidak berfungsi dan perkembangannya akan makin merosot kembali seperti bayi. Malah mata kanannya pun semakin kabur umpama buta. Buat masa sekarang, harapan untuknya sembuh tiada hanya tinggal rawatan sahaja,” akhirnya.

Bagi sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan, boleh salurkan bantuan anda ke akaun Maybank bernombor 169963088736 atas nama Naima Yuzi bte Mhd Yati. Naima Yuzi



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA KU RELA BERSENGKANG MATADEMI MU ANAKKU SAYANG!-Naima Yuzi. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top