Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kerajaan patut halau Myanmar keluar dari Malaysia, lihat geng sami buddha halang bantuan Makanan dari Malaysia ke warga rohingnya

YANGON: Penunjuk perasaan anti-Rohingya berkumpul di pelabuhan Yangon pada Khamis menunggu ketibaan kapal Malaysia yang membawa bantuan untuk ribuan pelarian minoriti Islam yang melarikan diri akibat tindakan kejam tentera Myanmar.



Puluhan sami Buddha dan penunjuk perasaan mengibarkan bendera kebangsaan dan sepanduk “No Rohingya” berkumpul di pelabuhan Thilawa menunggu kapal berlabuh.

Ratusan Rohingya dianggarkan terbunuh dalam kempen kejam 4 bulan pasukan keselamatan yang dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.

Puluhan ribu melarikan diri ke negara jiran Bangladesh membawa cerita menakutkan tentang pembunuhan dan rogol.

“Kami mahu mereka tahu tidak ada Rohingya di sini,” kata seorang sami Buddha bernama Thuseitta, daripada Pertubuhan Patriotik Sami Myanmar, kepada AFP di pelabuhan.

Myanmar menafikan kewarganegaraan jutaan orang Rohingya, walaupun ramai di antara mereka tinggal di sana sejak bergenerasi lamanya.

Kumpulan nasionalis Buddha amat tegas dan kejam dengan kata-kata mereka, menggambarkan etnik Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Layanan Myanmar terhadap Rohingya mencetuskan kritikan majoriti orang Islam di Malaysia, membangkitkan perselisihan yang jarang berlaku berlaku di antara negara jiran di Asia Tenggara.


Kapal Nautical Aliya berlepas dari Malaysia minggu lepas, membawa 2,200 tan beras, bantuan perubatan dan pakaian bersama ratusan pekerja kesihatan dan aktivis.

Sebahagian bantuan itu akan diturunkan di Yangon dan diangkut melalui darat ke utara negeri Rakhine, lokasi kejadian.

Selebihnya akan dibawa ke pelabuhan Teknaf di selatan Bangladesh, di mana hampir 70,000 Rohingya ke sana sejak Oktober untuk melarikan diri daripada keganasan.

Myanmar pada mulanya enggan membenarkan kapal memasuki perairanya dan menghalang ia belayar ke ibu negeri Rakhine, Sittwe.

Kerajaan juga menuntut bantuan itu diagihkan kepada etnik Rohingya dan Rakhine etnik Buddha.

Penghantaran bantuan itu susulan beberapa hari laporan PBB menuduh pasukan keselamatan Myanmar menjalankan kempen rogol, penyeksaan dan pembunuhan besar-besaran terhadap Rohingya.

Sejak beberapa bulan Myanmar menolak testimoni dikumpulkan media asing dan kumpulan hak asasi manusia sebagai “berita palsu” dan akses disekat ke rantau ini.

Pegawai tinggi PBB, Adama Dieng berkata minggu ini, suruhanjaya kerajaan yang ditugaskan menyiasat dakwaan penderaan “bukan pilihan yang boleh dipercayai”.

Pengkritik menolak badan kerajaan yang dilantik, diketuai jeneral bersara dan Naib Presiden Myint Swe, termasuk bukan Islam, kerana tidak tegas dan berat sebelah.

Dalam mesyuarat pada Rabu, Myint Swe mengakui “antara fakta dan tuduhan termasuk dalam laporan (PBB), mungkin ada sesuatu yang istimewa untuk disiasat,” lapor media.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kerajaan patut halau Myanmar keluar dari Malaysia, lihat geng sami buddha halang bantuan Makanan dari Malaysia ke warga rohingnya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top