Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"Apa Hak Anda Untuk Pakai Fesyen Celoreng?" Pakai Hazama Konsert Mentor Milenia Cetus Perbalahan Di Laman Sosial

Orang awam di negara ini pernah diberi amaran agar tidak memakai baju menyerupai seragam celoreng seperti mana digunakan oleh anggota pasukan keselamatan.

Malah dikhabarkan mereka yang ingkar arahan tersebut boleh didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.
Masalahnya, sejak kebelakangan ini, baju celoreng telah dijual secara terbuka di mana-mana sahaja, ianya begitu mudah didapati dan mereka yang menjual ada juga dari peniaga berlesen.

Terbaru, sebuah laman Facebook bernama Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia telah mempersoalkan tindakan penyanyi Hazama yang memakai pakaian celoreng seperti askar dalam konsert Mentor Melenia baru-baru ini.

Bagaimanapun pos berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen di mana ramai yang mempertahankan tindakan berkenaan kerana menurut mereka baju berkenaan begitu mudah dan banyak dijual di pasaran.

Berdasarkan carian, menyimpan dan memakai pakaian yang mempunyai celoreng askar oleh orang awam merupakan satu kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman penjara.

Apapun, pakaian seumpama ini kini bebas dijual di pasaran terbuka, jika betul mendatangkan kesalahan harap pihak bertanggungjawab perlu mengambil perhatian dengan membanteras penjualannya, ini kerana ramai orang awam yang membeli dan memakai pakaian celoreng tentera ini tidak tahu ianya merupakan satu kesalahan. - Siakapkeli.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA "Apa Hak Anda Untuk Pakai Fesyen Celoreng?" Pakai Hazama Konsert Mentor Milenia Cetus Perbalahan Di Laman Sosial. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top