'Tolong viralkan kes kematian anak saya ini akibat didera' - Ibu Amanda
November 2015, seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun mati akibat didera bapa tirinya
Bedah siasat mendapati tempurung kepala mangsa retak akibat dipukul dengan objek tumpul
3 suspek, ibu kandung, bapa tiri dan rakannya ditahan bagi membantu siasatan
Namun ibu mangsa mendakwa kes itu tidak dibicarakan di mahkamah dan tidak menerima sebarang berita dari siasatan berhubung kes kematian anaknya itu
Farah Adiba Othman merayu netizen viralkan kes arwah anaknya yang mati didera agar pihak berwajib dapat selesaikan kes dan ambil tindakan terhadap pelakunya
Tergerak hati ingin menulis tentang arwah anak saya, Amanda. Ingin meminta simpati dari orang ramai agar sedikit sebanyak dapat membantu membela kematian anak saya.
Sudah setahun setengah kes penderaan anak saya sehingga menyebabkan kematiannya, sunyi sepi tanpa apa-apa berita dari siasatan.
Pada Jumaat 6 November 2016, saya mendapat panggilan dari BK (suami) yang mengatakan Amanda sesak nafas dan dalam pemerhatian doktor. Hati tak sedap, saya terus menghubungi bekas suami (ayah Amanda) dan menyuruhnya pergi melihat keadaan Amanda di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Tepat tekaan saya! Tetapi berita yang saya terima membuatkan saya rasa luluh hati seperti dihentam langit sehingga saya sesak nafas. Amanda sudah pergi untuk selama-lamanya.
Hati saya keliru dan kosong bila melihat jasad anak yang kaku tanpa ada sebarang kesan bagaimana Amanda pergi dalam pada saya mengawal kesedihan hati. Sedangkan sebelum ini dia sihat sahaja.
Bapa Amanda membuat satu laporan polis kerana curiga dengan kematian anaknya. Saya pula masih dalam kebinggungan. Kata BK, Amanda sebelum itu sesak nafas.
Keesokan harinya, pihak polis mengarahkan bedah siasat dilakukan ke atas mayat Amanda. Saya pada mulanya tak sanggup, tetapi akur juga demi mencari kebenaran. Saya relakan jasad Amanda dibedah.
Tidak terbayangkan jasad anak dibelah dan tempurung kepalanya digergaji dan dijahit semula jasadnya. Ia benar-benar membuatkan hati saya hancur! Ibu mana yang sanggup melihat jasad anak kandung diperlakukan seperti itu?
Pagi itu, ketika disoal siasat pegawai perubatan, BK ada menyuruh pegawai perubatan tidak membuka dan bedah kepala Amanda. Aku sedapkan hati, mungkin dia tidak mahu jasad Amanda terseksa.
Namun, BK kelihatan agak mencurigakan pada malam itu. Dia tak tidur, mundar mandir seorang diri dan gelagatnya seperti orang yang gelisah. Padahal yang meninggal dunia itu adalah anak kandung saya.
Malam keesokannya, selesai proses bedah siasat, saya dimaklumkan tentang hasil penemuan bedah siasat yang mendapati Amanda meninggal dunia disebabkan keretakan tempurung kepalanya yang dipercayai telah dipukul dengan objek tumpul.
http://www.thereporter.my/2017/03/tolong-viralkan-kes-kematian-anak-saya.html

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA 'Tolong viralkan kes kematian anak saya ini akibat didera'-sudah 2 tahun suspek masih bebas. TOLONG SHARE...!