Tok Lebai Perangai Setan|Padah buat seorang pengembala lembu apabila dihukum penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam, kerana mencabul seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.
Hukuman terhadap lelaki warga emas berusia 69 tahun itu diputuskan Hakim, Nazri Ismail.
Nazri turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan selama tempoh 12 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.Hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh hukuman diputuskan.
Tertuduh, Ismail Mat Adam mengaku pada tuduhan pilihan mencabul mangsa juga anak jirannya itu di sebuah rumah di alamat Kampung Belukar Muda, Gunong, Bachok, pada jam 3.30 petang, 12 Mac 2016.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada siksaan itu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nuri Abd Rahman.
Dalam kejadian lalu, abang mangsa yang berusia 18 tahun ternampak tertuduh yang dipanggil Ayah Wil masuk ke rumah mereka di bahagian dapur.
Abang mangsa melihat tertuduh memegang tangan mangsa dan Ayah Wil pula membuka seluarnya hingga separuh bogel.
Terkejut dengan situasi itu, abang mangsa berpura-pura batuk menyebabkan lelaki tua itu berlari keluar dari pintu dapur rumah mereka.
Remaja terbabit kemudian menghubungi ibu mereka yang berada di rumah nenek di Kampung Kubang Berulat, Gunong, Bachok, dan memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan polis.
Tertuduh kemudian ditahan pada hari sama kejadian berlaku dan didakwa pada 15 Mac 2015 serta dibebaskan dengan jaminan RM5,000 pada hari tersebut.
Semalam, Ahmad Nuri merayu hukuman anak guamnya itu diringankan dengan alasan usia yang sudah tua dan menghidap pelbagai penyakit, sebaliknya Norazlinawati membantah rayuan itu serta memohon satu hukuman berat.
“Saya mohon hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh selain meminta mahkamah mengutamakan kepentingan mangsa serta orang awam yang perlu dilindungi daripada tertuduh seperti kes ini.
“Faktor usia lanjut dan mempunyai pelbagai penyakit bukan alasan untuk tertuduh melakukan perbuatan jijik sebegitu terhadap anak jiran sendiri atau sesiapa sekali pun,” katanya.

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Tok lebai tergamak cabul anak perempuan jiran yang berusia 10 tahun . TOLONG SHARE...!