Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seluruh badan saya rasa gatal, tidak boleh tidur lena malah semasa solat pun rasa sakit saya tak mampu beli ubat

NILAI – “Seluruh badan saya rasa gatal, tidak boleh tidur lena malah semasa solat pun rasa sakit," luah Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian, 29 yang menghidap sakit kulit kronik.

Hanif Fadhli mengalami sakit kulit kronik Plaque Chronic Psoriasis melibatkan seluruh anggota badannya sejak usianya 16 tahun, namun penyakitnya itu masih terkawal.

Bagaimanapun katanya, penyakit tersebut bertambah teruk selepas dia mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nurul Amira Mohd Hashim, 21 pada tahun lalu.

"Selepas berkahwin, keadaan sakit kulit saya makin teruk. Saya terpaksa berhenti kerja berniaga minyak wangi di sebuah pasaraya di Nilai kerana tidak berupaya lagi untuk bekerja.

"Isteri saya pula yang ketika itu mengandung empat bulan juga terpaksa berhenti kerja sebagai juru jual barangan elektronik kerana masalah tekanan darah rendah," katanya kepada Sinar Harian.



Katanya, sejak dia dan isteri tiada punca pendapatan menyebabkan penyakitnya semakin teruk kerana tidak mampu membeli ubat bagi merawat sakit kulitnya.

"Saya kini menetap di rumah mentua di Taman Semarak, Nilai.

"Keluarga, rakan serta jiranlah yang banyak membantu menghulurkan sumbangan selama ini selepas saya tidak lagi mempunyai punca pendapatan," katanya.

Luahnya, dia memerlukan kira-kira RM2,000 setiap bulan bagi perbelanjaan untuk ubat-ubatan, malah untuk  keseluruhan perbelanjaan yang diperlukan bagi menjalani rawatan perubatan adalah kira-kira RM10,000.

"Jumlah itu, amat besar. Ketika ini saya memang tidak mampu.

“Ubat yang dibekalkan hospital sebelum ini pun tidak memberikan kesan pada anggota tubuh badan dan sekarang ini saya terpaksa bergantung ubat sapu yang mengandungi steroid walaupun mengetahui kesan sampingan kerana tahap kulit sudah menjadi kronik,” katanya.

Menurutnya, sejak terlantar sakit, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu keperitan dialaminya.

"Seluruh badan gatal. Saya kena sentiasa sapu minyak pada badan supaya tak sakit.

"Bila ubat habis, ia (gatal-gatal) naik semula. Benda ini tidak ada kesudahan.

"Sekarang ini saya cuma mahu sihat dan dapat bekerja semula seperti biasa bagi menyara keluarga dan beli ubat," katanya.

Sementara itu, isterinya, Nurul Amira berkata, dia tidak pernah rasa berputus asa menjaga suaminya yang terlantar sakit walaupun kini sedang mengandung lapan bulan.


“Kadang-kadang tengok suami terseksa sakit, saya menjadi buntu dan tidak tahu nak minta tolong dengan siapa.

“Sudahlah kami berdua tiada punca pendapatan sekarang ini, permohonan daripada Baitumal pun tidak diperoleh. Keluarga membantu setakat yang termampu sahaja.

“Bagaimanapun, selagi terdaya, saya akan cuba ikhtiar mencari ubat yang paling terbaik bagi membolehkan suami sembuh dan dapat bekerja seperti biasa semula,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan ke akaun Maybank 1627-4010-5797 (Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian) atau hubungi 017-6598795.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Seluruh badan saya rasa gatal, tidak boleh tidur lena malah semasa solat pun rasa sakit saya tak mampu beli ubat . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top