Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Sakit sangat rasa di bahagian kemaluan nak pecah - demi duit pelajar perempuan mengaku membuat sesuatu mengejutkan

Penjualan ovum semakain berleluasa dan menjadi jalan singkat untuk mahasiswi mendapatkan duit poket beribu-ribu ringgit.

Nanyang Siang Pau melaporkan, pelbagai keadaan telah mendorong mahasiswa untuk menjual ovum termasuk kerana ingin membelikan beg dan telefon berjenama.


Selain itu, ada juga yang mendakwa mahu mengumpul dana niaga, menjelaskan hutang atau sekadar mahu membayar yuran pengajian.

Walaupun penjualan ovum adalah dilarang tetapi ia bukan fenomena luar biasa. Pendermaan ovum pada asalnya merupakan cara untuk membantu pasangan suami isteri yang mandul, tetapi ia berkembang menjadi sejenis urus niaga.

Apatah bukannya, sesetengah hospital sanggup menawarkan sehingga RM8,000 untuk membeli ovum dan ia sudah semestinya menarik perhatian mahasiswi yang memerlukan duit.

Empat mahasiswi yang diwawancara Nanyang Siang Pau bagaimanapun hanya menerima antara RM4,500 hingga RM5,000.

Seorang penjual ovum yang diwawancara berkata, walaupun penjualan ovum menjanjikan pulangan yang lumayan, tetapi ia juga merupakan satu proses yang menyakitkan.

“Apabila kesan bius mula menghilang, kamu akan merasakan kesakitan itu yang tidak lain seperti bahagian kemaluan dipecahkan.

“Perut juga akan buncit secara luar biasa seakan-akan sudah mengandung selama tiga atau empat bulan,” katanya.

Seorang pelajar jurusan perhubungan awam yang berumur 18 tahun mengakui sudah menjual ovum sebanyak dua kali dan duit yang diperolehi digunakan untuk membeli beg berjenama, rokok elektronik dan berseronok dengan kawan.

“Kawan-kawan saya dalam institusi pengajian tinggi berasal daripada keluarga berada dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi jika saya mahu berseronok dengan mereka,” katanya.

Seorang penyelia yang bekerja dalam sebuah pusat kehamilan pula berkata, kebanyakan gadis yang menjual ovum tidak kelihatan berasal dari keluarga yang miskin.

“Banyak daripada mereka memandu ke pusat kami dan memiliki telefon dan beg yang bukan calang-calang orang mampu miliki,” katanya.

Seorang penyarah kolej pula mendedahkan ada dalam kalangan penuntutnya yang bermegah kerana dapat membeli telefon berjenama selepas menjual ovum.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Sakit sangat rasa di bahagian kemaluan nak pecah - demi duit pelajar perempuan mengaku membuat sesuatu mengejutkan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top