Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

padah menyamar jadi pegawai 'Kastam' kena belasah dengan teruk...


Kuala Lumpur: Empat penjenayah menyamar sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ketika melakukan samun berkawan teruk dibelasah orang ramai.
Dalam kejadian jam 11.30 malam Jumaat lalu, suspek dikatakan berlakon mahu membuat pemeriksaan di kedai runcit di Jalan 5/4C, Desa Melawati, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kejadian berlaku ketika pemilik kedai berusia 57 tahun menutup premisnya selepas selesai berniaga.

“Mangsa bersama pekerjanya seorang warga Indonesia kemudian didatangi empat lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai kastam.
“Empat lelaki itu meluru masuk ke dalam kedai dan terus menggeledah premis berkenaan.

Seorang daripada mereka membuka laci kaunter dan mengambil beberapa barang berharga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, curiga dengan tindakan empat suspek itu, pekerja warga Indonesia cuba menghalang ‘pegawai kastam’ berkenaan daripada terus menggeledah premis hingga berlaku pergelutan.

“Berlaku pergelutan antara seorang suspek dengan pekerja hingga mengakibatkan baju pekerja itu koyak.
“Ketika keadaan kelam kabut, mangsa menjerit meminta bantuan membuatkan suspek panik sebelum dua daripada mereka melarikan diri. Bagaimanapun dua lagi suspek ditahan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang mendapat maklumat menuju lokasi sebelum menahan suspek.
“Dua suspek yang ditahan itu berusia 17 dan 31 tahun. Salah seorang daripadanya dikehendaki polis.

“Kerugian dianggarkan RM7,000 dan polis memburu dua lagi suspek,” katanya.
▶Harian Metro



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA padah menyamar jadi pegawai 'Kastam' kena belasah dengan teruk.... TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top