Akhirnya Pulang Jua
Berbulan bulan ibunya di sini membawa diri, hanya diketahui oleh emak saja. Rela menerima tarbiyah agar dosa silam diampunkan Allah. Ibunya bukan gadis sosial, ibu diperkosa sewaktu bekerja disebuah pasaraya besar.
Kawasan terlalu luas, kawasan letak kereta juga luas. Sewaktu ditarik ke kawasan sunyi dan gelap apabila habis kerja shif malam, jeritan ibunya tidak didengar oleh sesiapa.
Tangisan dan rayuan tidak dipeduli. Bahkan disakiti, ditampar. Selepas diperkosa, ditinggalkan begitu saja. Laporan polis tidak mendatangkan hasil kerana pelaku yang tidak dikenali.
Perkosaan telah membenihkan hasil. Itupun tidak disedari kerana tubuh ibunya tinggi dan kurus. Hanya disedari apabila kandungan telah mencecah 6 bulan. Duka nestapa mengisi jiwa.
Setelah genap 9 bulan , lahir anak ini kedunia. Apa pun status anak ini, ibu terima. Dipelihara dengan penuh kasih sayang.
Ibunya pasrah samada akan dijemput pulang atau tidak oleh emaknya: memandangkan ayah dan adik@ beradik tidak ada yang tahu keujudan anak comel ini.
Hari ini, tiba tiba emaknya datang dan membawa pulang. Sikecil Nur tersenyum mengangah nenek datang. Namun tetap ada terbit air dihujung matanya. Anak dan ibu dibawa pulang oleh nenek ke rumah.
Nenek pasrah dan redha dengan apa yang akan berlaku bila tiba di rumah nanti. Moga moga senyuman sekecil membuat datok tersenyum dan mengikat datok agar tidak membuang ibunya. Moga moga ada rasa belas di hati datok apabila melihat bening mata Nur. Kita doakan yang baik baik. Allah mempermudahkan urusan mereka ini.
Admin,
Muna liza binti Ismail
#BaitusSolehah
#Selamatkan2Jiwa

Labels:
kisah
TERIMA KASIH SUDI BACA ibu diperkosa ketika bekerja disebuah pasaraya besar. TOLONG SHARE...!