Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Nokia 3310 bakal kembali

HMD Global Oy dipercayai bakal melancarkan semula telefon bimbit ikonik Nokia 3310 di Persidangan Mudah Alih Sedunia (MWC) di Barcelona, Sepanyol, hujung bulan ini.


Menurut laporan VentureBeat, Nokia 3310 versi terbaru ini dikatakan menerima sentuhan moden dengan spesifikasi terkini, namun, gambaran sebenar versi terbaru telefon bimbit ikonik ini masih lagi samar.

Telefon bimbit Nokia 3310 pernah mencetuskan fenomena sejak ia dilancarkan pada 2000 dan terkenal dengan bateri yang mampu bertahan sehingga dua minggu.

Bagaimanapun, HMD Global Oy yang Syarikat itu mempunyai hak memasarkan telefon pintar di bawah jenama Nokia belum mengesahkan perkara berkenaan.
Nokia 3310 terbaru ini dianggarkan bernilai £49 (RM271) dan dipercayaia dilancarkan secara rasmi 27 Februari ini.

Selain itu, HMD Global dipercayai turut akan memperkenalkan tiga lagi telefon pintar iaitu Nokia 6 dan Nokia 5 dengan pemprosesan Snapdragon 430 manakala Nokia 3 menggunakan pemprosesan Snapdragon 425.

Difahamkan, Nokia 6 mempunyai paparan full HD 5.5 inci, RAM 4GB dan kamera 16-megapiksel manakala Nokia 5 dan Nokia 3 lebih kecil dengan paparan 720p 5.2-inci, RAM 2GB dan kamera 12 megapiksel.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Nokia 3310 bakal kembali. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top