Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Maut tertusuk besi penghadang jalan


Maut tertusuk besi penghadang jalan
---------------------------------

Manjung: Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 14 Jalan Titi Gantung-Beruas, di sini, 6.30 pagi tadi.
Said Mohamad Fitri Sulaiman, 24, yang juga penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama rakannya yang juga pemandu Proton Saga dari arah Titi Gantong menghala ke arah Beruas.
Katanya, pemandu dan penumpang terbabit berkerja di sebuah kilang sawit di Kampung Gelung Pepuyu.
"Setiba di tempat kejadian, kereta dipandu lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan.
"Besi penghadang itu tertusuk ke dalam kereta di sebelah kiri sehingga ke belakang," katanya hari ini.
Tengku Mohd Zailan berkata, akibat kemalangan itu, pemandu mengadu sakit di bahagian dada dan dibawa ke Hospital Seri Manjung manakala penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian..
sent by Berita Harian



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Maut tertusuk besi penghadang jalan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top