Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Mari saya tunjukkan cara mengajar pembelot wanita yang meniduri suami orang-isteri teraniaya



SAO PAULO, BRAZIL - Seorang wanita muda ditangkap ketika sedang berasmara dengan suami orang, dibelasah dan diarak ke seluruh kawasan kejiranan tanpa seurat benang.

Isteri lelaki terbabit mengheret wanita berusia 20 tahun itu dengan menarik rambutnya dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Cubatao.

Dua anak lelakinya (remaja) dan rakan mereka turut didengar bersorak serta ketawa besar untuk menarik perhatian jiran sekeliling.

Si isteri yang tidak didedahkan namanya telah mengekori suaminya ke sebuah pangsapuri sebelum menyerbu kediaman itu dan menemui lelaki terbabit sedang berasamara dengan kekasihnya.

Berlaku sedikit pergelutan di antara si isteri dan wanita itu. Si isteri memotong rambut wanita itu dengan pisau cukur dan membogelkan mangsa sebelum mengheretnya keluar.

Rakaman video kejadian itu dimuat naik ke media sosial oleh ahli keluarga si isteri dengan bangga menceritakan serangan terhadap perempuan simpanan terbabit seterusnya mencetuskan puluhan aduan kepada polis oleh pengguna media sosial.

Si isteri bagaimanapun menyelar kritikan yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.

"Saya tak peduli apa yang mereka kata atau fikirkan. Mari saya tunjukkan cara mengajar pembelot wanita yang meniduri suami orang. Saya menangkap jalang ini bersama suami saya yang mulai hari ini menjadi bekas suami saya!" katanya.

Mangsa kemudian diambil kekasihnya yang turut membawa bajunya.


Polis memulakan siasatan dengan cuba mengenal pasti identiti mangsa, tetapi berjaya menjejaknya selepas wanita itu sendiri datang ke balai polis membuat laporan bersama kakaknya.

Menurut mangsa, kekasihnya mendakwa dirinya bujang dan mereka telah menjalinkan hubungan sejak lima bulan lalu.

Isteri terbabit ditahan polis dan kini berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun jika sabit bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk mengancam, mencederakan, memalukan dan melakukan keganasan terhadap wanita.

Sumber: Daily Mail, Harian Metro




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Mari saya tunjukkan cara mengajar pembelot wanita yang meniduri suami orang-isteri teraniaya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top