Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

isu menjual berus berbulu babi-Hamzah Zainuddin arah henti sita berus bulu babi kaitan dengan keharmonian kaum dan agama di Malaysia





Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin hari ini mengesahkan beliau telah mengarahkan bahagian penguatkuasa kementerian itu menghentikan serbuan ke atas kedai-kedai yang menjual berus yang diperbuat daripada bulu babi.

Hamzah berkata beliau telah memaklumkan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian itu, Roslan Mahayudin mengenai keputusan tersebut.

Ditanya mengenai sebab-sebab mengapa serbuan itu dihentikan, Hamzah berkata ia mempunyai kaitan dengan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.

“Kita semua mesti berusaha ke arah hidup dalam masyarakat yang harmoni. Kita jangan bermain dengan api,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata isu itu telah diperbesar-besarkan oleh media dan di internet.

Walaupun bersetuju bahawa peniaga mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada pengguna tentang produk tertentu, Hamzah menegaskan bahawa pengguna juga perlu bertanya jika mereka tidak pasti tentang sesuatu produk.

“Jangan jadikan isu yang boleh pecah belahkan kita,” katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA isu menjual berus berbulu babi-Hamzah Zainuddin arah henti sita berus bulu babi kaitan dengan keharmonian kaum dan agama di Malaysia. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top