Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

hidup saya didampingi jin-Paling teruk, pernah terasa nak buang anak dari balkoni rumah dan bergaduh teruk hingga ugut suami macam2





Saya seorang ibu yang mempunyai sepasang cahaya mata. Abang berusia 2tahun dan adik 1tahun. Selepas kelahiran adik, selepas sekian lama habis berpantang, saya kerap bergaduh dengan suami. 

Perkara remeh temeh xmasuk akal boleh jadi besar. Bila dekat rasa benci, menyampah, semua yang suami buat rasa xkena pada mata. Dalam rumah sendiri rasa tidak selesa, rasa macam2 perasaan bercampur baur. Hampir setiap malam akan mimpi perkara bukan2 dan akan terjaga dalam jam 2-3pagi. Bau hanyir dalam rumah, bau badan orang, terasa diperhati. Paling teruk, pernah terasa nak buang anak dari balkoni rumah. 

Sehingga satu hari Januari 2017 saya bergaduh teruk hingga ugut suami macam2. Saya minta dia ceraikan saya atau saya akan kelar diri saya depan anak2 supaya anak2 trauma. Dalam keadaan didesak & diugut, suami melafazkan "aku ceraikan kau, puas hati sekarang?" Perasaan saya ketika itu, memang xrasa apa. Xsedih xada perasaan langsung. Saya terus ambil anak2 dan bawa balik ke kampung. 


Malamnya saya mimpi ada orang datang bagitahu saya didampingi jin. Dan bila terjaga jam baru pukul 2pagi. Jantung berdebar cuba mengabaikan mimpi tersebut. Tapi pagi esoknya bila bangun dari tidur satu badan saya kebas2. Saya bercerita kepada beberapa orang sahabat apa yang berlaku dalam rumahtangga saya dan segala perihal mimpi, mereka minta saya pergi berubat & bercerita kepada suami. 

Dengan izin Allah SWT, saya menceritakan segala benda yang berlaku pada suami. Minggu yang sama suami bawa saya ke Darussyifa untuk berubat secara islam. Memang ada benda dengan saya. Depan mata suami saya diubatkan, baru dia sedar dan xsangka saya melalui semua ini. 

Selepas berubat sehingga hari ini, hampir setiap hari saya menangis mengenangkan apa yang berlaku. Dan pada waktu ini juga, family mahupun suami perlu mainkan peranan. Sebab saya sendiri kadang2 seperti xkenal diri saya. Lupa mcm mana bancuhkan susu. Lupa mcm mana nak ambil air sembahyang. Lupa ada pegang duit. Lupa cara nak mandi. Banyak sangat. Dan semua ini kadang kala buat saya putus asa. Sangat menyakitkan dan menyedihkan.


  Saya masih dalam tempoh untuk pulih. Masih teruskan berubat. Suami telah rujuk semula. Sekarang tunggu sebutan di mahkamah pada hujung Februari 2017 untuk sahkan lafaz cerai & rujuk. Dari mana dia datang, atas dasar apa dia datang, biar menjadi urusan dia dengan Allah SWT. Dia dah berjaya untuk kali ini. Saya sendiri lalai. Terkadang terlupa. Semua berbalik pada Allah SWT. Saya berserah pada Allah SWT. Pegang tali Allah SWT.

 Tidak berpantang dengan betul tidak juga boleh dijadikan punca apetah lagi meroyan. Kita xtahu apa yang dialami seseorang itu sehingga kita sendiri bersama dalam kisah dia, hidup dengan dia atau berada di tempat dia. Doakan urusan saya & suami dipermudahkan. Doakan kami sekeluarga sentiasa berada di bawah lindunganNya. Doakan.
 
Keluarga, suami & sahabat, sentiasalah bagi nasihat jika ada kawan2 yang dah berkahwin tetiba mengalami perubahan yang kita sendiri tahu bukan diri dia macam itu. Sedikit sebanyak dapat membantu. Isteri, jika mula rasa pelbagai benda pelik yang berlaku, berceritalah dengan suami, keluarga & sahabat. Jangan biar sehingga tidak dapat diselamatkan lagi keadaan itu.


 Please. Jangan ambil mudah semua ini. Ini sahaja yang mampu saya cerita. Semoga memberi pengajaran buat semua. Terakhir, janganlah sesekali menyekutukan Allah SWT, berat nanti tanggungan di akhirat nanti.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA hidup saya didampingi jin-Paling teruk, pernah terasa nak buang anak dari balkoni rumah dan bergaduh teruk hingga ugut suami macam2. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top