Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Majlis pemberian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini hari ini berlangsung dalam keadaan kucar-kacir apabila ribuan penerima termasuk golongan kurang upaya


BATU GAJAH, 6 MAC: Majlis pemberian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini hari ini berlangsung dalam keadaan kucar-kacir apabila ribuan penerima termasuk golongan kurang upaya dan warga emas terpaksa bersesak dan beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan baucer itu.

Hasil pemantauan Pemuda Parti Amanah Perak, kekecohan tersebut dikatakan terjadi akibat proses penyerahan yang dijalankan secara tidak sistematik dan teratur.



Seorang warga emas berteduh di bawah pokok kerana letih terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan baucer BR1M.

Malah, pegawai urus setia yang bertugas tidak dapat menampung jumlah yang hadir.

“(Turut) berlaku kekecohan apabila masing-masing ‘bersaing’ untuk mengambil baucer tersebut hingga ada yang pengsan akibat suasana kurang selesa. Ramai yang tidak mampu menahan kemarahan disebabkan sistem pemberian yang sangat mengecewakan.

“Golongan warga emas dan kurang upaya terpaksa berpanas berjam-jam hanya untuk mendapatkan baucer tersebut,” ujar Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Perak, Muhammad Faeez Azahar.

Menurutnya, suasana di majlis yang diketuai Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Wira Yusoff Kassim itu tidak ubah seperti pasar malam disebabkan tindakan tidak profesional penganjur.


Ahli Parlimen Batu Gajah merangkap Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar ketika dihubungi Roketkini berkata, terdapat sekumpulan individu terutama warga emas telah datang ke pusat khidmatnya untuk mengadu berkenaan majlis tersebut.

Mereka mendakwa tidak mampu untuk terus menunggu di majlis itu berikutan suasana sesak yang menyebabkan mereka hampir pengsan, justeru meminta nasihat dari Timbalan Pengerusi DAP Perak itu berhubung penerimaan BR1M.

“Bagi saya, tak boleh begini. Apa gunanya jika rakyat mengisi nombor akaun mereka di dalam borang BR1M, malah terpaksa melalui proses yang lama, jika ia akhirnya diedarkan secara manual?” soalnya.

Sivakumar pada masa sama turut membidas pengedaran wang BR1M yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.

“Wang BR1M ini wang kerajaan yang datang dari cukai yang dibayar rakyat. Bukan duit dari BN. Jadi apa kena-mengena dengan BN?

“Mengapa pemimpin-pemimpin BN pula yang mengedarkan wang itu kepada penerima? Ini sudah boleh dikira sebagai salahguna kuasa oleh pemimpin BN yang bertindak sebagai orang ketiga mengedarkan wang kerajaan,” ujarnya.

Sivakumar berkata, BN seolah-olah cuba memancing undi dari rakyat dengan menggunakan BR1M, lebih-lebih lagi terdapat logo parti-parti BN dalam surat jemputan untuk penerima bantuan ke majlis itu.

“Jika wang itu dimasukkan terus ke akaun, masalah seperti di majlis itu tidak akan wujud. Namun, niat mereka ini tak baik. Jadi akhirnya timbul pelbagai masalah yang menyusahkan rakyat,” tegasnya. – Roketkini.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Majlis pemberian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini hari ini berlangsung dalam keadaan kucar-kacir apabila ribuan penerima termasuk golongan kurang upaya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top