Makan jeruk ketika Hamil Untuk cegah loya, rupa nya inilah bahayanya yang ibu2 tak pernah tahu BOLEHKAH WANITA HAMIL MAKAN JERUK MASAM UNTUK MENGURANGKAN LOYA?
“ASSALAMU A’LAIKUM doctor, saya sedang hamil 14 minggu. Ini kehamilan sulong saya. Masalah saya ialah saya mengalami rasa loya yang keterlaluan. Saya telah berjumpa doctor, malangnya ubat yang idberikan oleh doctor tidak dapat mengurangkan rasa loya saya.
Saya dapati dengan memakan makanan ringan yang masam seperti jeruk akan mengurangkan rasa loya saya. Bolehkah saya memakan makanan seperti itu dan adakah ia berbahaya kepada bayi dalam rahem saya? Mohon pencerahan doctor”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Saya bersimpati dengan puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan.
Rasa loya yang dialami oleh wanita pada awal kehamilan adalah perkara yang normal. Salah satu puncanya ialah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron yang berlaku di awal kehamilan.
Perubahan hormone akan menyebabkan deria bau dan deria rasa seorang wanita hamil menjadi lebih sensitif. Oleh itu ramai yang mengambil makanan ringan yang berperisa masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.
Saya menasihatkan agar puan elakkan dari mengambil makanan yang masam secara berlebihan. Walaupun ia tidak mengganggu pertumbuhan fizikal bayi dalam rahem, tetapi amalan seperti ini boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan kepada ibu kerana dibimbangi wanita ini tidak mengambil makanan yang seimbang.
Saya juga menasihatkan agar jangan mengambil jeruk yang diperamkan ke dalam asid, terutama ketika perut kosong kerana ia boleh menghakis dan melukakan.
Saya mencadangkan agar puan mencuba makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi yang masam atau memakan buah yang masam. Ia lebih baik berbanding dengan jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.
Puan boleh mengambil air asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan jeruk. Pengambilan makanan yang masam haruslah dilakukan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap jika ia membantu puan mengurangkan rasa loya.
Selain itu puan juga boleh mengambil air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya.
Wallahu a’lam
sumber:: http://drzubaidi.com/blog

Labels:
kesihatan
TERIMA KASIH SUDI BACA Bahaya Makan jeruk ketika Hamil - Doktor dedahkan wanita hamil makan jeruk berisiko ketika bersalin . TOLONG SHARE...!