Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ahli parlimen tidak dibenarkan tanya soalan cybertrooper #RespectMyPM yang mempertahankan Najib

AHLI Parlimen Bukit Katil Melaka, YB Shamsul Iskandar Md Akin TIDAK DIBENARKAN untuk bertanya soalan di parlimen tentang cybertrooper #RespectMyPM yang mempertahankan Perdana Menteri di halaman facebook rasmi miliknya.

Shamsul sebelum ini cuba bertanya kepada perdana menteri, berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan yang telah dikeluarkan untuk mendanai atau membayar kumpulan cybertrooper #RespectMyPM bagi mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di media sosial.

Bagaimanapun soalan itu telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, melalui satu surat pemberitahuan secara rasmi yang disampaikan kepada Shamsul, bertarikh 3 Mac 2017 ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Binti Hamzah.


Alasan penolakan dalam jawapan bertulis itu ialah,

"Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah-kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati, ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara-perkara remeh,"

Jika anda pernah melawat halaman facebook rasmi perdana menteri, Najib Razak sudah pasti anda dapat melihat beratus-ratus malah beribu komen-komen #RespectMyPM dalam setiap kiriman beliau.

Corak komen #RespectMyPM tersebut kelihatan tersusun, malah dilakukan oleh akaun-akaun palsu yang sama dan berulang-ulang. Sekaligus memperlihatkan kepada kita betapa terdesaknya Najib Nazak untuk mendapatkan komen-komen yang memuji diri.

Kita percaya tentu banyak kos untuk mengupah kumpulan cybertrooper bagi membuat ribuan akaun-akaun facebook palsu ini, termasuk menulis komen-komen #RespectMyPM di halaman facebook Najib Nazak dalam setiap posting beliau.

Justeru adalah wajar bagi rakyat untuk mengetahui berapa banyakkah wang rakyat yang telah dibelanjakan untuk membayar kumpulan cyber trooper bagi melaksanakan projek bodoh mengampu perdana menteri ini.

Kebodohan kumpulan ini sudah berulang kali didedahkan, antaranya mereka sanggup mencuri gambar profile orang lain di facebook sampaikan pemiliknya menjadi marah.


sumber: milosuam.net



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Ahli parlimen tidak dibenarkan tanya soalan cybertrooper #RespectMyPM yang mempertahankan Najib. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top