Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Singapura Cipta Perkhidmatan Teksi Robot Percuma Untuk Orang Awam Pertama Di Dunia

Singapura: Syarikat perisian kenderaan berautonomi, nuTonomy menyediakan teksi automatik pandu sendiri untuk kegunaan awam secara percuma di Singapura seterusnya memperluas ujian pertama seumpamanya di dunia.

Walaupun beberapa syarikat termasuk Google dan Volvo menguji kenderaan automatik pandu sendiri di jalan awam sejak beberapa tahun lalu, nuTonomy mengumumkan Ogos lalu ia yang pertama menawarkan khidmat teksi seumpama itu.

Ini mengalahkan Uber yang cuma mula memperkenalkan perkhidmatan seperti itu di Pittsburgh, Amerika Syarikat, minggu lalu.

Uji pandu di Singapura dihadkan di kawasan seluas 6.5 kiilometer persegi di kawasan perniagaan dan kediaman yang dinamakan ‘one north.’

Ketua Pegawai Eksekutif nuTonomy, Karl Iagnemma semalam berkata, kawasan pandu uji sudah diperluaskan oleh kerajaan, tetapi masih tidak termasuk lebuh raya.

NuTonomy - diasaskan di Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat - mengumumkan semalam, orang awam boleh menempah teksi automatik pandu sendirinya melalui aplikasi yang disediakan Grab, syarikat perkongsian perjalanan terbesar di Asia Tenggara, selama setahun.

Untuk menempah kereta, pelanggan perlu memilih pilihan ‘robo-car’ di aplikasi Grab yang sudah dimuat turun lebih 20 juta kali.

Pelanggan pula perlu berusia lebih 18 tahun, membuat tempahan awal dan menandatangani klausa pengetepian.

Perkhidmatan percuma itu ditawarkan untuk sekurang-kurangnya dua bulan.

Iagnemma berkata: “Kami akan menggabungkan perisian kereta automatik nuTonomy dengan aplikasi Grab yang memiliki teknologi pemetaan dan perjalanan baik.”

Untuk tujuan cubaan, kereta yang digunakan ialah Renault Zoe dan Mitsubishi i-MiEV yang telah diubah suai. Ia juga mempunyai pemandu keselamatan di tempat duduk depan yang akan mengambil alih pemanduan jika perlu, selain penyelidik yang duduk di belakang untuk memantau komputer kereta terbabit.

Iagnemma enggan mengulas jumlah perjalanan dibuat nuTonomy sepanjang tempoh percubaan, tetapi berkata, ribuan orang mendaftar untuk sesi ujian dalam tempoh 48 jam pertama dan tiada masalah dicatatkan.

Syarikat itu menjangka jumlah keretanya yang kini cuma enam akan ditambah menjadi 12 menjelang hujung tahun ini.




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Singapura Cipta Perkhidmatan Teksi Robot Percuma Untuk Orang Awam Pertama Di Dunia. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top