Kejadian itu berlaku apabila seorang anak perempuan enggan menurut perintah ibunya selepas berjaya dan menerima balasan hingga terputus lidahnya dalam kemalangan.
Kisah ini bermula apabila si ibu yang sudah tua meminta untuk dihantar ke sebuah pasar dengan menaiki kereta baharu anaknya, namun ditolak atas alasan sibuk bekerja sehingga meninggikan suara kepada ibunya.
Setiap kali si ibu meminta tolong, si anak menjawab dengan nada yang memperlihatkan kekesalan.
Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dengan keadaan masih marah terhadap ibunya sampai menggigit-gigit lidahnya, si anak tiba-tiba terlanggar bonggol dan terus merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.
Akibat daripada pelanggaran itu, si anak tergigit lidahnya sendiri ditambah dengan dagunya terhantuk pada stereng kereta hingga mengakibatkan lidahnya terputus.
Ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital, si anak teringat kembali kata-kata dan tengkingan yang sering dilontarkan kepada ibunya.
Kini, dia tidak mampu makan dan minum apatah lagi bercakap untuk memohon maaf kepada ibunya. Yang ada hanyalah linangan air mata yang keluar dengan penuh rasa bersalah.
Apabila ibunya datang melihat keadaanya anaknya, hanya surat dihulurkan sebagai cara meminta maat yang berbunyi “sakit lidahku terputus tidak sesakit hatimu ibu, maafkan aku anakmu, saya berjanji akan membayar kesalahanku pada ibu. Wassalam anakmu”.
Si ibu kemudian terus memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang. Semoga perkongsian kisah ini dapat memberi pengajaran kepada semua. – MYNEWSHUB.CC
Labels:
agama
TERIMA KASIH SUDI BACA Allah Bayar Cash, Akibat Tengking Ibu Gadis Cantik Terputus Lidah Dalam Kejadian Yang Sangat Dahsyat. TOLONG SHARE...!