Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

bapa kejam- “Lepas nampak insiden itu, saya terus ambil gambar dan kemudian tegur lelaki tersebut supaya lepaskan ikatan rambut budak tu.





TINDAKAN keterlaluan seorang bapa dari Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat mengikat rambut anak perempuannya di troli pasar raya baru-baru ini memakan dirinya sendiri apabila pihak polis mencarinya untuk siasatan lanjut.


Perbuatan kejam itu mengejutkan ramai pihak selepas Erika Burch, individu yang mengambil gambar insiden itu memuat naik menerusi laman sosial Facebooknya.


Menulis kapsyen, “Dia telah mengikat rambut anaknya di troli dan mengheretnya di pasar raya. Saya dengar anaknya merayu kepada bapanya, “tolong lepaskan saya, saya janji takkan buat lagi, tolong.”


“Lepas nampak insiden itu, saya terus ambil gambar dan kemudian tegur lelaki tersebut supaya lepaskan ikatan rambut budak tu. Dia kemudian cakap dengan saya, jangan kacau urusan orang lain,” katanya.


Secara kebetulan terdapat seorang pegawai polis di tempat kejadian, yang memberitahu dia tidak boleh masuk campur memandangkan budak itu tidak tercedera dan tiada sebarang kesan penderaan terhadapnya.


Polis itu turut menambah lelaki terbabit turut mempunyai hak untuk mendisplinkan anaknya sendiri.


Walau bagaimanapun, Jabatan Polis Cleveland mengeluarkan kenyataan di Facebook mengatakan bahawa mereka sedang menyiasat kejadian tersebut.


http://gambirpanas.blogspot.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA bapa kejam- “Lepas nampak insiden itu, saya terus ambil gambar dan kemudian tegur lelaki tersebut supaya lepaskan ikatan rambut budak tu.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top