Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"Pls read and understand NOTA SAYA KEPADA PASANGAN BERCERAI YG ADA ANAK ANAK JANGANLAH BIAR ANAK MENDERITA BILA KITA BERCERAI

#NASIHAT #DARI #SEORANG #SAHABAT #DAN... #SUPERBABA...
saudara Shahren Yusri...


"Pls read and understand
NOTA SAYA KEPADA PASANGAN BERCERAI YG ADA ANAK ANAK

JANGANLAH BIAR ANAK MENDERITA BILA KITA BERCERAI
Dua tiga hari ni saya terbaca banyak nukilan, luahan, coretan dan catitan orang orang mengenai kisah beberapa pasangan yang bercerai berai yang viral di FB dan menyebabkan anak anak tersepit sebab menjadi rebutan si ibu dan si ayah.
Ada yg komen patut bagi ayahlah, ada yg kata patut bagi ibulah, ada yg kata patut kedua dua bertolak ansur. 

Kebanyakan komen yg saya lihat datangnya daripada individu individu yang masih bujang, tak pernah kawin atau tidak melalui saat sukar tu.
Tapi saya tak menyalahkan mereka sebab itu komen mereka. Sesiapa boleh bagi komen di FB. Mungkin bezanya komen mereka mungkin hanya berdasarkan pemerhatian dan atau apa yang mereka dengar.
Bagi saya, bila melihat atau membaca cerita pasangan yg ada anak dan bercerai ni ia menjadi isu sensitif bagi saya yang mana ia tidak patut dikutuk maki atau menyebelahi mana mana pihak.

Ini kerana setiap pasangan melalui proses atau senario penceraian yang berbeza. Setiap pasangan ada cerita yg tersendiri. Dan kita tidak tahu kenapa dan bagaimana ia berlaku.
Janganlah dikutuk dimaki orang yang melalui saat saat sukar dalam hidup mereka ni. Cuma mungkin apa yg boleh kita lakukan ialah menasihati dengan cara baik.
Saya, Ex Wife dan anak anak pernah melalui saat sukar ketika bercerai dulu. Kalau bercakap tentang sedih, semua kami sedih. Saya rasa hampir setiap hari menangis. 

Saya masih ingat lagi satu situasi di mana, pada petang tu, saya hantar anak anak ke rumah ex wife.
Saya biasa ambil anak anak di hujung minggu, tidur malam Sabtu dan Malam Minggu dan pada hari Ahad hantar pulang.
Bila tiba hari Ahad, hati saya mula sayu, hiba bila mengenang masa bersama dengan anak anak terlalu singkat. Segala kegembiraan yg kami alami dan segala aktiviti yg kami buat pada hari Jumaat dan Sabtu seolah olah tidak bermakna dan tidak boleh cover perasaan sedih kerana terpaksa hantar anak anak pulang ke rumah mereka.

Berbalik kepada cerita petang tu, ketika saya nak hantar anak anak balik dan ketika kami sampai di pintu pagar di rumah mereka, Anak kedua saya berkata " Baba jom masuk rumah, malam ni kita tidur sama dengan Mama."
Saya kata " adik tak boleh, esok Baba kerja and abang sekolah."
Bila keluar kereta dia cakap lagi " Baba jom masuk rumah dan tidur sama." Dia cakap begitu sehingga dua tiga kali sehinggalah dia menangis dan saya sebak.
Berlaku aksi aksi yg mana dia tarik mama dan babanya supaya kami dekat bersama.

Tp hakikatnya dia masih kecil dan tidak tahu apa itu penceraian. Tp anak kami yg sulung hanya berdiam saja ketika itu seolah olah mengerti apa yg berlaku.
Saya dan bekas isteri selalu bertolak ansur. Saya boleh jumpa anak anak saya dan saya sememangnya bagi hak penjagaan kepada dia sebab saya tahu anak anak kami masih kecil ketika itu dan memerlukan ibunya. Lagipun saya bekerja. Tapi saya tak pernah abaikan anak anak. Setiap masa saya lawat dan ambil anak anak. Nafkah saya tak pernah tak bagi. Hal hal sekolah saya jaga. Kalau sakit saya cuba sediakan perubatan dan ex wife pun byk membantu.

Message yg saya cuba sampaikan di sini, anak anak tidak boleh dipisahkan daripada ibu bapanya.
Dia ibarat malam tiada siang. Ibarat gelap tiada terangnya, ibarat hujan tiada henti atau kemarau berpanjangan. Begitu sakitnya anak anak tanpa ayah atau tanpa ibu.

Saya dan ex wife sampai sekarang cuba memenuhi hari yg ditempuhi anak anak supaya dilimpahi kasih sayang agar mereka tidak sedikitpun merasai kehilangan. Sebab apa, sebab kami tahu anak anak perlukan kami berdua Baba dan Mamanya.
Kepada pasangan yg bercerai bertolak ansurlah. Buangkan EGO masing masing. Buangkanlah rasa benci, rasa dengki, rasa tak suka antara satu sama lain. 

Sampai bila nak membenci. Sampai bila nak marah. Kasihan anak anak. Ingatlah kitalah yg bakal mencorak hidup anak anak kita. Kitalah harapan mereka utk mendidik mereka. Kalau kita pincang, maka pincanglah hidup mereka. Hidup tak menentulah mereka.

 Sebab tu antara penyumbang kepada masalah atau gejala sosial di kalangan anak anak ialah masalah penceraian yg tiada persefahaman.
Kita tak mahu anak anak kita murung, hidup tiada hala tuju, hidup bermasalah. Berbaiklah sebelum terlambat wahai ibu bapa yg bercerai. Benar kita tiada jodoh tetapi biarlah ia diakhiri dengan jalan penyelesaian yg baik dan bukan penceraian yg berunsurkan pergaduhan.

*To my ex wife tq for being a good mother to our kids.
*Abang and Adik tq sebab jadi anak anak yg baik.

With love
BABA

SY..

To my kids, whenever you need me, just call me, i'll be there for you because am ur #SUPERBABA



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA "Pls read and understand NOTA SAYA KEPADA PASANGAN BERCERAI YG ADA ANAK ANAK JANGANLAH BIAR ANAK MENDERITA BILA KITA BERCERAI . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top