Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Yang sibuk buat kenduri arwah ni hanyalah mereka yang buta main ikut saja apa yang Ustaz Suruh - Ustazah Puteri Dayana

 Jika anda perasan,yang buat tahlil arwah ni adalah mereka yang bukan di kalangan faqih dalam beragama.

Kalau lihat ulama yang memang level kibarul ulama' memang mereka xkan buat tahlilan arwah.

Sebutkan kepada saya siapa di antara nama ini yang buat tahlilan arwah ?

Imam Syafie,Imam Malik,Imam Ahmad,Imam Abu Hanifah,Imam Sufyan At Sauri,Imam Muslim,Imam Bukhari,Imam Al Auzaei,Imam Abu Hassan Asyaari,Imam An Nasaie,Imam Ibnu Majah,Imam Daruqutni,Imam Yahya Bin Main hatta Jahm bin Sofwan yang beraqidah jahmiyah pun xpernah buat amalan dangkal ni.
Nama2 ini mereka nak tolak ?Saya bukan sebut nama Al Albani,Utsaimin,Ibnu Taimiyah,ini semua anda kata wahabi.

Ulama yang mengaji hadis memang xkan buat hal ini sebab mereka xpernah jumpa pun dari hadis sahih,hasan mahupun dhaif adanya kenduri arwah selepas kematian.

Yang sibuk buat kenduri arwah ni hanyalah mereka yang taqlid buta main ikut saja apa yang so called ulama buat.

Kalau yang tekong pula yang ada gelaran ustaz serban atas bahu,kalau mengaji balik dari mesir pun jenis yang xlulus exam,balik malaysia bila tiada kerja maka inilah kerja mereka ambil upah jadi tekong sebagai side income.Cuba suruh mereka buat tanpa upah dan bayaran,tanpa hidang nasi,hidang lauk sedap2,mereka nak datang ke buat bidaah tu ?

Baca Quran atas kubur pun buat pakej upah.Diri dia sendiri pun belum selamat,nak tolong orang lain selamat masuk syurga ?

Yang bagi upah ni pun terlalu dungu itupun xboleh fikir.Mereka nak makan wang kamu sahaja.

Di Mesir dia ni zero nonsense langsung tidak dianggap mereka yang faqih dalam agama,tapi bila balik di Malaysia orang gelar dia ustaz sebab mindset orang awam itulah ustaz lepasan mesir.

Mereka yang suka cari side income ni bagi hujjah,nabi ada larang ke buat tahlilan arwah ni ?Kita tanya dia balik nabi nak larang macam mana benda tu xberlaku pun zaman dia.Cukuplah nabi kata kullu bidaatin dholalah.Kalau nabi nak kira ke semua bidaah yang bakal berlaku hari ni sampai 100,000 ribu hadis pun belum tentu habis bab bidaah ni.

Begitu juga hal nya dengan solat,nabi hanya ajar solat magrib 3 rakaat,xperlu nabi kata jangan buat ,4,5,6 nanti kamu kata nabi xsebut pun jangan buat 7.Arab jahiliyah badwi duduk padang pasir pun boleh terima dakwah nabi s.a.w,kamu duduk zaman canggih ni masih ragu dengan ajaran nabi s.a.w semata2 nak ikut berhala so called ulama ?

Jangan hairan kalau lepasan luar negara balik Malaysia kemudian dia buat bidaah kita pun nak ambil hujjah dia disebabkan dia lepasan luar negara.Sebab itulah mereka2 ni dengki kepada asatizah sunnah yang memang dapat Phd gelaran Dr.
Kita ambil hujjah bukan atas dasar pangkat tapi atas dasar apa yang dia katakan sama ada based on Quran dan Sunnah ataupun hawa nafsu.Ustazah Puteri Dayana



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: agama

TERIMA KASIH SUDI BACA Yang sibuk buat kenduri arwah ni hanyalah mereka yang buta main ikut saja apa yang Ustaz Suruh - Ustazah Puteri Dayana. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top