Rita sendiri sama sekali tidak menjangkakan sambutan yang sebegitu baik daripada kalangan peminatnya yang sanggup datang dari luar Lembah Klang semata-mata kerana ingin merasai masakan hasil air tangannya sendiri.
Bercerita lanjut, menurut Rita sebelum ini ada pelanggannya yang datang dari Johor Bahru sanggup mendaftar masuk (check-in) hotel untuk merasai sendiri menu yang terdapat di restorannya di Sunway Nexis, Kota Damansara.
Alhamdulillah terima kasih yang hadir 😘 kami akan bercuti mulai esok Ahad sehingga hari Rabu.. Jumpa ampa semua hari Khamis naaa #rumahkueh
“Ada satu customer, dia dah sampai agak lewat, kita tutup pukul 7, dia sampai dalam pukul 7.30, saya dan staf tengah kemas-kemas (nak tutup kedai).
“Saya cakap kami dah tutup, lepas tu, dia cakap ada tak hotel dekat-dekat sini, saya nak check-in. Lepas tu saya beritahulah hotel yang ada dekat Rumah Kueh ni, betul-betul esok tu dia datang makan.
“Saya terharu dan sebak sangat (dengan sambutan yang diterima Rumah Kueh),” katanya ketika ditemui Mynewshub pada majlis pelancaran beg jenama Victoria Sloane di butik Fashion Valet, Bangsar Village 2, di sini hari ini.
Victoria Sloane merupakan koleksi beg tangan hasil idea pengusaha kecantikan, Rita Datuk Sosilawati.
Ketika ditanya mengenai menu yang paling mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggannya, Rita berkata, laksa Mat Sentul dan lauk asam pedas ikan pari yang paling dicari-cari oleh mereka.
“Laksa utara, laksa Mat Sentul yang merupakan hasil resipi ibu saya serta asam pedas ikan pari yang paling banyak permintaan dan memang akan sentiasa sold out.
“Saya selalu pergi tanya setiap meja, Alhamdulillah mereka suka (dengan menu disediakan) dan kebanyakan pelanggan saya datang dari Johor Bahru dan Singapura,” katanya yang turut dalam perancangan untuk menubuhkan cawangan Rumah Kueh di luar Lembah Klang sekiranya mendapat permintaan.
Mengenai harga makanan di kedainya yang dikatakan sedikit mahal, Rita menjelaskan, harga yang ditetapkan adalah berpatutan dan mampu milik untuk semua orang.
“Kalau kita nak murah, kita pergi gerai biasa, kat tempat lain ada lagi mahal daripada Rumah Kueh, saya tengok banyak regular customer yang datang balik, maknanya harga Rumah Kueh adalah berpatutan, mereka berpuas hati dengan harga makanan dan perkhidmatan yang disediakan,” katanya lagi.
Menurut Rita lagi, setiap hari dia akan berada di restorannya untuk memasak dan bertemu pelanggan sekiranya tiada sebarang penggambaran ataupun aktiviti hiburan yang melibatkan dirinya. – MYNEWSHUB.CC
Labels:
hiburan
TERIMA KASIH SUDI BACA Peminat Sanggup Check In Dalam Hotel Demi Rita Rudaini. TOLONG SHARE...!