Meskipun sudah dikatakan sambung bayar ini menyalahi undang-undang, namun masih ramai yang melakukannya terutamanya di laman-laman jualan kereta terpakai. Kedengaran seperti murah, lebih cepat dan tidak serumit proses membeli kereta baru. Namun, risikonya adalah tinggi.
“Sambung Bayar” sebenarnya adalah menyalahi undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Anda tidak mempunyai hak untuk “memindahkan” atau “Sambung Bayar” kemudahan pinjaman bank seseorang kepada orang yang lain.
Akta 212, 36A. Mana-mana pemunya, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran berkenaan dengan perjanjian sewa-beli selain daripada bayaran yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau bayaran yang dibenarkan di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
'Denda RM25,000 Atau 3 Tahun Penjara Untuk Sambung Bayar Kenderaan'1
36B. Mana-mana orang yang bukan pemilik, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran daripada penyewa berkenaan perjanjian sewa-beli adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
38. Tiap-tiap orang yang, oleh pelupusan atau penjualan apa-apa barang yang terkandung dalam perjanjian sewa-beli, atau dengan pengeluaran barang-barang itu, atau oleh apa-apa cara lain, defrauds atau cuba untuk menipu pemilik adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Ia juga menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, pengedar, ejen atau syarikat untuk menerima, mengambil atau menerima sebarang deposit tanpa lesen yang sah – 1989: Seksyen 25 (1). Ia juga menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, pengedar, ejen atau syarikat untuk mengiklankan pengambilan deposit secara haram – 1989: Seksyen 27 (A).
Orang ramai disarankan supaya tidak terlibat dalam apa-apa jenis skim “Sambung Bayar” kereta kerana perjanjian anda tidak selaras dengan undang-undang Malaysia dan tidak mungkin boleh diterima pakai jika perkara menjadi kelam kabut yang memerlukan prosiding di Mahkamah.
Coretan peguam
Malam tadi aku dihubungi rakan minta tolong aku buat satu surat perjanjian. Orang putih kata agreement.
Aku tanya surat apa. Dia jawab surat perjanjian sambung bayar kereta. Dia kata kawan dia tidak mampu bayar jadi kawan dia offer pada dia kereta untuk disambung bayar secara bulanan.
Aku cakap, tindakan kau tu bagus sebab nak tolong kawan tapi minta maaf sebab aku tidak boleh buat surat perjanjian sebegitu.
Aku cakap sangat berisiko. Aku tak nak orang lain cakap, loyer mana yang 'tidak berapa cerdik' yang buat perjanjian kat kau ni?
Kereta tu kau sambung bayar tetapi hak milik kereta masih kawan kau. Kau akan menghadapi masalah terutama jika berlaku kematian kepada tuan kereta atau kecurian.
Aku cakap walau berjela dan beratus muka surat pun surat perjanjian aku tulis , ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang masalah kerana tuan asal masih mempunyai hak mutlak kepada kereta tersebut.
Aku cakap surat begini tidak sah,orang putih kata not valid, loyer sebut ' void ab initio' , sekalipun dibuat peguam kerana ianya tidak mengikat pihak sebenar iaitu bank kerana perjanjian ini antara kau dan kawan kau dan bukan bank.
Jadi aku cakap aku bukan tidak mahu tolong kau tapi apa guna aku buat surat tetapi tidak laku dan tiada 'legal effect atau implication'
Aku cakap jika tuan kereta mati, engkau lagi susah kerana waris yang layak boleh mengabaikan surat perjanjian ini yang termeterai dan berhak menuntut kenderaan pada bila-bila masa.
Kesian kan? Kau bayar bulan bulan tapi bila tuan mati waris senang senang pergi ambil kereta tersebut dan engkau terkebil kebil. Nak sekat memang tiada kuasa.
Engkau buat report polis pon, mereka tidak akan layan.
Tidak adil bukan? Memang tidak adil tetapi adil juga kerana membuat sesuatu tanpa mengetahui akibat yang mungkin berlaku di depan hari.
Aku cakap lagi kalau kereta dicuri atau accident teruk, dan kau nak buat claim insuran maka insuran hanya layan claim dari tuan kereta yang sah atau berdaftar aje.
Kalau total lost pun, lepas tolak baki pinjaman, insuran company akan bayar kepada tuan kereta. Yang kau akan melopong.
Aku cakap kalau kau nak tolong juga kawan kau, pergi bank dan buat penjadualan semua atau bincang dengan bank, cakap tuan kereta sudah tidak mampu bayar dan bank ada cara menolong pembeli kereta macam engkau ni.
Jadi aku minta maaf pada kawan aku sebab aku tidak mampu membuat surat perjanjian yang tidak sah.
Aku cakap mana sah kau nak kawin dengan bini orang. Maksud aku 'laki' dia tu bank dan bank tak tau apa apa, pas tu kau pulak pandai pandai bawa bini orang kawin lari. Aku sinis aje tapi aku yakin kawan aku tak sedikit pun terasa. Kalau nak terasa pon elok jugak..hihihi
Aku cakap lagi agreement macam ni salah dan jual beli kereta begini mengikut Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) jika disabitkan boleh disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tambahan pula prinsip undang-undang adalah jelas, seksyen 24 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan jenis-jenis perjanjian yang void ab initio (batal dari permulaan lagi) di antaranya jika perjanjian itu menyalahi mana-mana undang-undang, contohnya Hire Purchase Act atau Perjanjian Sewa Beli 1967 seperti yang kawan aku nak buat ini.
Jadi mungkin 'khutbah' aku ini dapat menyedarkan kawan aku atau kawan kawan aku yang lain yang sudi membaca coretan aku ini.- friscomedia.blogspot.com
Labels:
informasi
TERIMA KASIH SUDI BACA ‘Denda RM25,000 Atau 3 Tahun Penjara Bagi Kesalahan Sambung Bayar Kenderaan’ . TOLONG SHARE...!