Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Bahana DEFAULT CLAUSE Kepada Peminjam Lone Peribadi, Lone Kereta Dan Lone Rumah Yang Mereka Tak Pernah Tahu


Bahana DEFAULT CLAUSE, ramai yang tidak tahu, atau tidak ambil tahu? JANGAN ......
=============================

Daripada ramai orang yang membuat pinjaman & pembiayaan Hartanah , Saya rasa 20% sahaja yang memahami apakah Itu 'Default Clause'. Default clause ni saya suka umpamakan seperti hukuman gantung. 

Clause ini memang dengan jelas ada di dalam Letter Offer pinjaman & pembiayaan anda. Antara anda tidak diterangkan, atau anda sendiri buat tak endah mengenai clause. Clause ini tidak akan terkesan kepada mereka-mereka yang membuat bayaran tepat pada waktunya. 

Kalau anda faham mengenai default clause ini, anda akan lebih berhati-hati dengan pembayaran pinjaman & pembiayaan anda. Default clause ini terdapat dalam perjanjian pinjaman konvensional , juga pembiayaan Islamic. Dalam konsep konvensional , interest dinaikkan . Dalam konsep Islamic , ibra' atau rebet dikurangkan tetapi tidak boleh melebihi selling price. Jangan salah faham pula dengan menyatakan Islamic financing menaikkan interest melalui default clause , Itu salah. 

Contoh DEFAULT CLAUSE . "Sekiranya anda tidak membayar pinjaman 3 bulan berturut-turut , rate efektif pinjaman anda akan berubah kepada BLR + 2.5%". Sedangkan rate efektif anda sebelum ini BLR - 2.4% . Jika BLR bank tersebut 6.65% , sebelum ini anda enjoy rate efektif (6.65%-2.4%) = 4.25% . TETAPI!! Bila anda melanggar default rate ini, rate efektif anda terus bertukar kepada (6.65%+2.5%) = 9.15% .

Katakan pinjaman asal anda RM300,000 , dengan rate efektif 4.25% , installment pinjaman anda untuk tempoh 35 tahun adalah RM1374. Tetapi bila melanggar default clause ini , rate efektif bertukar kepada 9.15%, installment anda bertukar kepada RM2386.
 
Bayangkan dengan rate tersebut, interest bulanan sahaja tidak termasuk bayaran principal adalah RM2288. Jika anda hanya kekalkan membayar RM1374, maka principal pinjaman anda akan meningkat setiap bulan, ini mengakibatkan lapse pinjaman anda akan meningkat dan akhirnya rumah anda terlelong.

Rujuk rajah 1: Tiga tahun setengah yang lepas pinjaman asal adalah RM173, 918.30. Namun hari ini pinjaman ini jadi berbaki RM190,047.39 . Lihat rate efektif telah bertukar menjadi 9.15%. Inilah bahana melanggar Default clause.
Gambar 2 dan gambar 3 adalah contoh perjanjian pinjaman & pembiayaan bahagian 'default clause' menggunakan BLR dan IBR.
 

*Ada bank yang mensyaratkan anda membuat payment prompt selama 6 bulan untuk efektif rate anda kembali kepada rate asal . Ada juga bank yang mengenakan hukuman ini tanpa menurunkan semula efektif rate. Memang terus jatuh hukum gantung mandatori samaada anda buat refinancing ke bank lain bila CCRIS record anda telah pulih atau terpaksa jual rumah anda.
*Ada sesetengah bank yang meletakkan 1 bulan lapse payment, sudah dikenakan hukuman atas 'Default Clause'. 

Jangan pandang ringan perkara ini, Pastikan bayaran pinjaman & pembiayaan rumah anda dibayar tepat pada waktunya. Pastikan baca bahagian default clause ini.

Boleh share ramai-ramai supaya semua orang yang ada dan bakal buat pinjaman @ pembiayaan rumah alert dengan perkara penting ini.
-KEY- sumber Khairul Ezuwan



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA Bahana DEFAULT CLAUSE Kepada Peminjam Lone Peribadi, Lone Kereta Dan Lone Rumah Yang Mereka Tak Pernah Tahu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top