Hari ni saya nak cerita satu kisah benar.. Kisahnya begini, si isteri mempunyai hubungan gelap dan telah beberapa kali berzina dengan bekas teman lelakinya. Sampai satu tahap si isteri mungkin rasa bersalah lalu meminta cerai dari suaminya. Suaminya yg tidak tahu akan hubungan gelap isterinya itu berusaha memujuk dengan membelikan barang kemas, membawa melancong ke luar negara tetapi si isteri tetap dingin dan masih meminta untuk bercerai. Si suami akhirnya mengalah lalu menceraikan isterinya. Si suami sangat sedih kerana terpaksa menceraikan isterinya yang ketika itu sedang hamil 3 bulan.
Ketika bercerai, si isteri meminta untuk dilepaskan secara baik. Oleh itu si isteri berjanji tidak akan menuntut segala mutaah dan sebagainya. Tapi sebaliknya setelah bercerai si isteri mamasang peguam untuk menuntut mutaah, harta sepencarian dan sebagainya yang kesemuanya bernilai hampir 500k. Si isteri juga menuntut nafkah anak rm6000
sebulan untuk 3 anak mereka . Iaitu anak angkat berusia 6 tahun, anak kandung 4 tahun, dan anak yang bakal lahir.
Setelah bercerai si suami masih mengambil berat menyediakan tempat tinggal, menguruskan segala nafkah buat bekas isteri, menemani isteri ke hospital dengan harapan bekas isteri menerimanya kembali. Pernah juga bekas isteri meminta si suami belikan durian musang king, mengidam katanya. Si suami yg baru balik kerja di kl sanggup turun ke bentong semata mata ingin mencari durian untuk bekas isteri yang sedang mengidam. Maklumlah di bentong duriannya segar segar.
Selepas beberapa lama bercerai, si isteri ini tidak segan silu lagi keluar bersama teman lelakinya dengan membawa perut yang semakin membesar. Pernah ditanya si suami adakah lelaki itu punca penceraian tetapi dinafikan sekerasnya oleh si isteri kononnya mereka hanya berjumpa dan rapat setelah mereka bercerai.
Setelah 9 bulan berlalu lahirlah bayi lelaki ke dunia. Anak ini di binkan atas nama si suami. 6 bulan selepas itu si isteri ini berkahwin dengan teman lelakinya. Dan si suami pun telah berkahwin lain.
Setelah 3 tahun, keluarga si suami mengesyaki anak ini bukan anak kepada si suami. Ini kerana rupanya yang amat berbeza sekali dan lebih mirip kepada suami baru si isteri. Dna di buat secara rahsia daripada pengatahuan si isteri. Apabila keputusan sampai, suami terkejut kerana anak itu tidak berkongsi dna yg sama. Malah keputusan itu juga mendakwa anak itu bukan anak kandungnya. Si suami tidak puas hati lalu membuat ujian dna kali ke dua, tetapi keputusannya tetap sama. Barulah si suami ini akur.
Si suami ini kemudiannya membawa kes ini ke mahkamah syariah untuk pengesahan nasab. Bekas isteri di panggil dan akhirnya di depan hakim si isteri mengaku melakukan zina beberapa kali bersama teman lelaki yang kini menjadi suaminya. Dan si isteri juga tidak tahu anak kandungannya semasa itu adalah dari benih suaminya atau teman lelakinya. Geleng kepala hakim mendengarnya. Untuk pengatahuan semua, keputusan Dna tidak boleh digunakan sebagai bukti kes di mahkamah syariah kerana pada masa lalu Dna belum diperkenalkan. Hanya nabi2 sahaja yg berupaya mengenal nasab melalui tilikan tapak kaki. Lalu bermulalah episod panjang untuk menukar bin atau nasab anak. Duit pun telah banyak di gunakan untuk bayar peguam tapi kes masih juga belum selesai. Kes ditolak kerana dna tidak boleh dijadikan bukti dan akhirnya si suami membuat rayuan di mahkamah rayuan.
Bulan april 2016 lalu si suami ke mahkamah untuk mendengar keputusan kes dari mahkamah rayuan, keputusannya kes ini masih lg ditolak kononnya salah tajuk bukan 'pengesahan nasab anak' tetapi 'menafikan nasab anak' yang sepatutnya melalui hukum li'an.
( sumpah laknat ke atas isteri ). Walaupun sepatutnya li'an dilakukan sejurus anak lahir, tetapi dalam kes begini kerana si suami ini hanya tahu setelah anak berusia 3 tahun. Oleh demikian para hakim bersependapat membuka ruang untuk si suami melakukan li'an atas sebab darurat. Hakim pun bukan main lagi pesan untuk melakukan lian secepatnya. Tetapi pada masa kisah ini di tulis pun pihak mahkamah belum lagi memanggil untuk proses li'an.
Teks alasan penghakiman untuk menolak kes di makamah rayuan dulu pun belum ditandatangani. Kini anak yang tidak bersalah itu akan menginjak usia 6 tahun dan satu hari nanti pasti anak ini akan keliru tentang siapa ayahnya dan mengapa bin nya di tukar.
Labels:
kisah
TERIMA KASIH SUDI BACA si penzina tetap nak tuntut hak anak luar nikah dengan cara proses li'an walaupun anak berusia 6 tahun. TOLONG SHARE...!