Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Bapa Luah Perasaan Kecewa Dan Sedih Anak Gadis Bagai Ditantang Minyak Penuh Tiada Dara Di tebuk Teman Lelaki

Ujian Seorang BapaPetang tadi, tiba tiba seorang ibu muda baru 20 hari lepas melahirkan anak lelaki, datang duduk bersimpuh depan saya, "Ummi, ayah saya ada cakap ke bila mereka nak datang ambik saya?"

Oh..kasihan ibu muda ini, selalu nampak menangis sendirian. Bila kita tengok , cepat cepat kesat air mata. Semalam dia menangis di bahu ini, meluahkan apa tersimpan dalam hati melalui air mata. 

 
"Ayah ada janji mahu ambik apabila tiba waktu kamu kena sambung penggajian semula. Sebelum itu ayah mahu kamu menetap di sini, mengasuh anak sendiri. Bersabarlah, muhasabah diri, selepas ini jangan sekali kali mengulangi perbuatan ini. Tak seronokkan, waktu kita sedang getir, berjuang membetulkan iman dan akhlak, kita sendirian, jauh dari orang disayang. Semua ini atas kesilapan diri sendiri. Sangat mahal harganya. Asuh dan susukan anak elok elok."

Image may contain: one or more people

Saya yang sebak bila ada pelatih yang bertanya, bila keluarga nak ambik mereka. Usahkan nak ziarah, telefon tanya khabar anak pun jauh sekali. Masing masing berusaha mencari identiti diri.

Ibu dan bapa mencari kekuatan untuk berhadapan dengan maruah yang tercemar. Anak mencari kekuatan apabila rasa tersisih dan terbuang. Padahal bukan mereka dibuang tetapi untuk mereka sedar akan kesilapan, kecuaian sehingga melanggar peraturan Allah. Zina bukan sekadar main main.


Akibat zina sangat besar. Impaknya nyata dan sangat terkesan pada semua jiwa yang merasainya. Ujian pada seluruh ahli keluarga, kesabaran , kekuatan menghadapinya dan mencari jalan keluar masalah. Semua rasa akan bersatu, terkumpul dan menyebabkan rabak jiwa.


Kepada ummah di luar sana, Usah bermain main dengan pendosa, menganiya mereka, mengata, mengumpat kerana setiap diri kita juga tidak terlepas akan diuji dengan ujian yang hebat ini.


Dua hari lepas, dan petang tadi, seorang bapa menelefon bertanyakan kemasukkan Baitus Solehah. Mula mula antara segan untuk bertanya dan bercerita. Tetapi akhirnya saya mendengar luahan dan tangisan seorang bapa. Mudah bapa tu menagis didalam telefon sebab tidak nampak mukanya, dia meluahkan rasa kecewa, terkilan, hampa dengan penganiyaan lelaki terhadap anak gadis yang ditatang dan dibungkus rapi. Anaknya tongkol jagung, berlapis lapis bungkusan tetapi masih ada yang meragut kesucian dalam kejijikan. Perkosa !

Tidak kuat bapa itu untuk menghadapi ujian berat ini, namun apakah perku dibuang anak itu?
Apa peranan kita?

Didik anak anak lelaki kita menjadi soleh, pertahankan iman dari panahan syaitan. Syaitan mengoda sejak dulu lagi. Sebab itu ada kisah , antara 10 lelaki yang masuk syurga apabila dapat menahan diri daripada berzina . Kalau dulu, lelaki yang dapat menahan dari berzina kerana terpesona dengan godaan dan rayuan perempuan. Zaman ini, tidak mengira siapa perempuan itu, hinggakan perempuan tidak waras pun sanggup diperkosa dengan zalimnya. Dashyat sungguh fitnah dajal zaman ini yang hampir tiba penghujungnya.

Admin,

Ummi Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Bapa Luah Perasaan Kecewa Dan Sedih Anak Gadis Bagai Ditantang Minyak Penuh Tiada Dara Di tebuk Teman Lelaki. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top