Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

maut akibat daging korban yang dimasak salai sebelum tiba-tiba mengadu sesak nafas dipercayai akibat tercekik.





SEORANG wanita berusia 25 tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dipercayai tercekik ketika makan daging salai di rumahnya di Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang, Kedah, pada Selasa.

Lebih sayu, mangsa yang dikenali sebagai Nur Azimah Abdullah Alharith, dipercayai baru melangsungkan perkahwinan tiga minggu lalu.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa dikatakan bersama keluarga suaminya sedang menikmati daging korban yang dimasak salai sebelum tiba-tiba mengadu sesak nafas dipercayai akibat tercekik.

Mangsa disahkan meninggalkan dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Sementara itu, pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pendang, Norlizawati Ismail mengesahkan bahawa agensi tersebut menerima panggilan kira-kira pukul 5.53 petang untuk menghantar mangsa ke HSB.

Menurutnya, apabila APM tiba lima minit kemudian, arwah ketika itu sudah tidak sedarkan diri namun masih lagi bernafas.

“Bagaimanapun sebaik tiba di hospital, arwah disahkan sebagai meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA maut akibat daging korban yang dimasak salai sebelum tiba-tiba mengadu sesak nafas dipercayai akibat tercekik.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top