Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kisah Sebenar Gadis Bertudung Seluar Pendek Masuk Dalam Starbucks

kejadian ini benar-benar berlaku di Starbucks. Bukan di luar negara, tapi dalam Malaysia.Seluruh pelanggan ketika itu termasuk bukan beragama Islam tergamam dengan cara berpakaian wanita ini.Tapi, setelah dikaji, ini cerita sebenarnya yang dikongsikan oleh mereka yang berada di tempat kejadian.. [Baca Penuh]

Sekilas pandang, pasti anda mengecam tindakan wanita ini tanpa usul periksa. Bagaimana seorang wanita muslim boleh mengenakan pakaian sedemikian rupa?

Apa lagi jika gambar ini tersebar tanpa sebarang penjelasan dari mereka yang menangkap gambar.Namun, kejadian ini benar-benar berlaku di Starbucks.Seluruh pelanggan ketika itu termasuk bukan beragama Islam tergamam dengan cara berpakaian wanita ini yang mengenakan hijab tapi berseluar pendek.

Tapi, setelah dikaji, ini cerita sebenarnya yang dikongsikan oleh mereka yang berada di tempat kejadian.

"Hari ni lepas pergi pos barang-barang customer di sungai wang singgah sekejap dekat starbuck nak rehat sambil minum kopi.Tak lama lepas itu masuk 2 orang wanita,yang tekejutnya seseorang berhijab tapi berseluar pendek!

Ok pandangan pertama orang di sekeliling semua melihat wanita ini sambil berbisik-bisik dengan sesama mereka..,ada few couple chines dalam starbuck pun macam tengok wanita ini sambil menggaru kepala mereka.


Di pendekkan cerita 2 orang wanita tadi duduk di sebelah meja saya sambil tersenyum saya pun membalas senyuman mereka,ringan pulak mulut saya tegur ckp "hai" dorang pun membalas teguran saya...,lalu kami pun berborak...

Dia orang ini sebenarnya dari korea..,wanita yang berhijab itu sebenarnya ingat hijab yang dia pakai itu salah satu trend atau fashion di malaysia ini,sebab itu dia menggayakan dengan seluar pendek...


Bila saya cerita tentang hijab yang dia pakai itu baru saya faham dan cakap sorry dan buka hijab tu.Tak apalah..,dia tak tahu datang melancong nak rasa budaya kita. Mane tahu satu hari nanti dia menjadi saudara kita? Wallahu a’lam"-friscomedia.blogspot.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kisah Sebenar Gadis Bertudung Seluar Pendek Masuk Dalam Starbucks. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top