Serangan yg melibatkan orang yg dikenali ini menyebabkan ramai mangsa yg keberatan untuk melaporkan kejadian kepada pihak berwajib dan mengakibatkan penjenayah terlepas begitu sahaja.
Anda tidak sepatutnya berdiam diri seandainya anda dirogol atau diliwat! Ia adalah merupakan satu perbuatan jenayah dan adalah merupakan hak dan tanggungjawab anda untuk melaporkan segera agar pelakunya ditangkap dan dihukum setimpalnya.
Di negara kita hubungan seksual yg melibatkan gadis di bawah umur (bawah 16 tahun) walau dengan kerelaannya sekalipun adalah dikategorikan sebagai jenayah rogol (statutory rape).
Jadi, apakah yang harus anda mesti lakukan seandainya anda atau orang yg anda kenali dirogol atau diliwat? (Naudzubillah)
Pertama sekali, segera selamatkan diri anda dari penyerang dan pergi ke tempat yang selamat. Ini bagi menyelamatkan nyawa anda dari apa2kan selanjutnya oleh penyerang anda. Terdapat banyak kes di mana setelah dirogol mangsa dibunuh bagi tujuan 'menghapuskan' bukti!
Segera hubungi orang yang anda percayai untuk bantuan atau jika anda rasa keselamatan anda masih terancam hubungi polis melalui talian kecemasan 999. Polis akan segera datang menyelamatkan anda. Polis akan membawa anda ke hospital untuk tujuan pemeriksaan.
Sekiranya anda memilih utk menghubungi org yg anda percayai (rakan, ibubapa, saudara mara etc), bersegeralah ke JABATAN KECEMASAN HOSPITAL KERAJAAN yg terdekat. Elakkan pergi ke Hospital Swasta kerana hospital swasta tidak menyediakan perkhidmatan forensik. Jika anda pergi pun, hospital swasta akan merujuk anda ke hospital kerajaan yg terdekat. Jadi tidak perlu membuang masa.
Jika anda perlu/terpaksa menyalin pakaian, sila simpan pakaian yg anda pakai (termasuk pakaian dalam) ketika diserang di dalam paper bag dan bawa bersama ke hospital. Jangan basuh atau bersihkan pakaian tersebut. Ini penting bagi tujuan untuk pengumpulan spesimen dan bahan bukti kerana ada kemungkinan air mani dan DNA penyerang tersisa pada pakaian anda yang boleh dijadikan bahan bukti.
JANGAN MANDI, MAKAN, MINUM, MENCUCI TANGAN, BERKUMUR2, MENGGOSOK GIGI, CEBOK, CUCI KEMALUAN/DUBUR dan JANGAN MENGESAT/MEMBERSIHKAN TEMPAT2 YANG DISERANG, DIJILAT, DICIUM, DIGIGIT ATAU DISENTUH oleh perogol atau peliwat itu.
Ini adalah penting bagi tujuan pengumpulan bahan bukti forensik. Naluri mangsa rogol dan liwat selalunya merasa jijik kerana telah diperlakukan sebegitu dan mereka akan segera mandi kerana merasa geli pada diri sendiri. Sebenarnya ia hanya menghapuskan bahan bukti penting yg mungkin dapat dikumpulkan.
Di Jabatan Kecemasan, anda hanya perlu beritahu kepada kakitangan Kecemasan bahawa anda telah dirogol. Serta merta anda akan dilindungi dan dibawa masuk ke bilik khas terlindung bagi tujuan pemeriksaan oleh doktor. Sistem ini adalah dipanggil One Stop Crisis Centre atau OSCC yg terdapat di semua hospital kerajaan seluruh negara.
Di bilik OSCC ini anda akan diperiksa dan dirawat oleh doktor kecemasan. Anda juga boleh membuat laporan polis di bilik ini kepada pegawai penyiasat. Pengumpulan spesimen dan bahan bukti forensik (external) akan dilakukan oleh doktor kecemasan.
Doktor2 dari bidang sakit puan (O&G) dan surgery juga akan terlibat sama bagi pemeriksaan khusus kemaluan dan dubur (internal) dan dokumentasi kecederaan serta pengumpulan sampel secara rapi. Seandainya mangsa adalah kanak2, doktor kanak2 juga akan terlibat sama. Kesemua ini akan dilakukan di bilik OSCC bagi tujuan memudahkan mangsa.
Setelah semua urusan ini selesai, mangsa bolehlah mandi dan membersihkan diri sepuas2nya di dalam bilik mandi yg disediakan di dalam bilik OSCC.
Mangsa juga akan dirujuk kepada pakar psikologi dan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat seandainya perlindungan sementara diperlukan.
Doktor juga mungkin akan memberikan anda ubat pencegah kehamilan dan akan memberi rawatan susulan kepada anda seandainya anda risau tentang penyakit jangkitan seksual (sexually transmitted disease) bergantung kepada keadaan.
Identiti anda dijamin akan dilindungi dan segala laporan anda kepada doktor dan polis adalah dijamin kerahsiaannya.
*INGAT!* Lebih cepat anda datang ke hospital untuk tujuan pemeriksaan, lebih tinggi kebarangkalian bahan bukti dapat diambil kerana bahan bukti (evidence) masih segar (fresh). Lebih lewat anda melengahkan untuk melapor kejadian, maka lebih tipis peluang untuk mendapatkan bahan bukti.
Jika anda hadir selepas 1 minggu kejadian, kemungkinan sample DNA atau air mani/semen untuk diperolehi adalah hampir tiada.
Namun kesan kecederaan masih boleh ada dan tetap merupakan satu bukti kukuh bahawa anda dirogol/diliwat.
** Dr. Abdul Rahman Bin Abdul Kadir**
** Pakar kecemasan dan trauma **
Labels:
informasi
TERIMA KASIH SUDI BACA Perkara Yang Wajib Anda Lakukan Apabila Dirogol Dan Diliwat Oleh Orang Yang Dikenali - Pakar. TOLONG SHARE...!