Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

BERCINTA SELEPAS NIKAH-bahagia sangat walaupun bercinta cuma seminggu dengan suami saja





Assalamualaikum...terima kasih kepada admin kerana menyiarkan kisah saya dan hide kn profile saya ini. Saya ingin berkongsi kisah hidup saya. Saya selalu diuji dengan macam-macam lelaki. Sepanjang saya kenal dengan lelaki memang niat saya tak nk bercinta dan kenal lama, saya ingin ikatan yang sah. Tetapi memang susah ingin jumpa lelaki yg betul2 serius. Di sini saya bkn ingin menyalahkan lelaki, tak semua lelaki sama. 

Tetapi saya ingin bercerita pengalaman saya. Saya pernah ditipu dgn suami org. Kononnya berstatus bujang. Saya sgt prcaya dgn riak muka yg mcm serius dgn saya. Malah dia berjanji akan mengahwini saya secepat yg mgkin. Sampai berjanji dan bersumpah dpn mak saya dia akan masuk meminang saya. Waktu itu saya sgt gembira krn hajat saya hampir berjaya. Kenal dlm 2bln, dia ada masalah kewangan dan ingin meminjam duit dari saya. Saya percaya dan bagi apa yang dia perlukan. 

Tetapi apa yg saya dapat, dia telah block no saya dan hilangkn diri. Saya tak berdiam diri. Saya cuba cari dia di tempat kerja. Kawan 1 kerja dia mengatakan dia bercuti dgn isteri dan ank2 dia. Masa itu saya terkejut kerana ditipu. Bodohnya saya kan? Kawan dia berjanji akan tlg saya dptkan balik duit saya. Lepas pd itulah saya jd rapat dgn kwn dia tu dan lupakan lelaki suami org yg telah tipu saya tu.

 Kawan dia pula berjanji yg sama akan mengahwini saya. Saya ditipu sekali lg. Kawan dia cuba mengambil kesempatan ke atas saya di dlm kereta. Malah mengajak saya ke hotel. Saya sgt sedih ketika itu dan tinggalkn terus laki x guna tu. Saya berdoa kpd allah diketemukan jodoh dan laki yg jujur.


 Sekali lg saya diuji. Saya diketemukan pula dengan laki yg juga kononnya berstatus bujang. Lama juga kami kenal. Tiap2 mlm saya akan keluar makan dgn dia. Kalau tak jumpa rasa rindu. Tetapi apa yg saya tertanya2 boleh dikatakan stiap mggu bila tiba hari jumaat dia akan balik kampung sehingga hari ahad. Bila saya wasap dia, dia akan balas tetapi lambat. Saya rasa was2.

 Allah ingin menunujukkn kebenaran. Pd suatu mlm, isteri dia yg balas wasap saya. Sekali lg saya terkejut. Tetapi saya sgt memuji isterinya kerana isteri dia tidak menyalahkn saya. Saya trima dgn hati terbuka. Saya minta maaf dan brjanji tak akan ggu suaminya lg. Tetapi suami dia tetap ganggu hidup saya.

 Malah suami dia menyatakan dia dlm proses pnceraian dgn alasan tunggu sehingga ank yg dilahirkn cukup umur stahun, dia akan bercerai dan mengambil hak pnjagaan anknya. Dan akan berkahwin dgn saya. Tetapi saya undur diri dan tak nak runtuhkan rmh tgga org. Saya lari jauh2. 

Setiap mlm saya selalu menangis mengenangkn hidup saya ini. Saya tidak putus2 berdoa diketemukan jodoh dgn org yg baik2. Allah mendengar doa saya. Saya diketemukan dgn seorang lelaki yang sangat baik. Malah hensem pulak tu hihi. Walaupn tak kaya tp dia mempunyai pkerjaan tetap. Semua ahli keluarga dia terima saya. Kenal dlm seminggu kami bersma2 shoping brg2 kawin. Masa itu kami tidak percaya knp cepat sgt mengambil keputusan. Mungkin dah jodoh kot. Kenal 5bulan kami disatukan. Skrg ni perkahwinan kami dah masuk 8 bulan. Alhamdulillah.

 Kami sgt bahagia hingga sekarang. Tetapi en suami skrg ni sedang menjalani kursus kenaikan pangkat selama 4bulan. Rindu sgt kt dia. Nasihat saya, jgn terburu2 memilih pasangan, siasat dulu latar belakangnya,jgn mudah percaya. Satu lg, hendaklah bersabar kerana stiap org allah telah tentukan jodoh masing2. Jgn putus berdoa kpd allah. Kpd warga KRT, doakan perkahwinan kami till jannah dan cepat dikurniakan baby. Tak sabar nak jadi mama n papa :)

Siapa yg bosan baca kisah saya ni, saya minta maaf. Ada kot yg xhabis baca. Yang habis baca terima kasih byk2. Selamat mlm semua..



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA BERCINTA SELEPAS NIKAH-bahagia sangat walaupun bercinta cuma seminggu dengan suami saja. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top