Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

lima applikasi yang boleh digunakan untuk mengesan pasangan atau ahli keluarga anda.

teknologi telah banyak membantu kehidupan harian kita menjadi lebih mudah dan teratur. Ia juga mampu menyelamatkan atau memusnahkan perkahwinan anda. GLAM senaraikan lima applikasi yang boleh digunakan untuk mengesan pasangan atau ahli keluarga anda.

CONNECT


Applikasi Connect untuk iPhone dan iPad mampu mengesan kedudukan pasangan, anak-anak mahupun rakan-rakan di laman Facebook, Twitter, Instagram, Google Contacts dan LinkedIn. Applikasi ini mengumpulkan semua kenalan laman sosial anda pada satu masa dan tidak menggunakan virtual check-ins seperti Foursquare yang memerlukan pengguna mengaktifkan pengesan lokasi (GPS). Kelebihan Connect adalah pihak yang ingin anda jejaki tidak perlu memuat turun applikasi ini untuk anda mendapat informasi tentang pergerakan mereka.
 
FIND MY FRIENDS


Find My Friends membolehkan anda mengetahui bila dan dimana seseorang berada tanpa mengira perisian iPhone mahupun Android. Menurut laman web rasmi applikasi itu, paparan peta seperti Waze akan terpapar apabila lokasi dikongsi. Melalui peta tersebut anda boleh mengetahui kelajuan pergerakan rakan anda dan ia berbeza dari Find My iPhone yang digunakan untuk mengesan telefon yang dicuri. Pengguna Find My Friends juga boleh memilih jenis interaksi yang ingin dikongsi bersama pengguna-pengguna lain.
 
TRICK OR TRACKER 3.0


Ramai ibubapa mahu mengawasi pergerakan anak mereka. Wayne Irving, Presiden dan CEO syarikat teknologi Laguna Niguel temui penyelesaiannya. Track or Tracker boleh digunakan oleh 7 ahli keluarga secara serentak. Applikasi ini memerlukan kebenaran pengguna dan harus dimuat turun oleh kedua-dua pihak. Ia akan memberi notifikasi sekiranya anak anda keluar dari kawasan yang ditetapkan dan mempunyai ciri latchkey-kid untuk mereka memberitahu ibubapa apabila telah tiba di rumah. Track or Tracker mengesan pergerakan menggunakan data lokasi geo yang terdapat dalam sistem pesanan ringkas dan notifikasi akan dihantar setiap 15 minit. Applikasi ini dikatakan dapat membantu sekiranya berlaku penculikan.
 
PHONE TRACKER


Phone Tracker dipasarkan kepada keluarga dengan jadual yang sibuk dan majikan yang mahu mengawasi kakitangan mereka semasa waktu kerja. Ia menggabungkan teknologi pemetaan dan tidak perlu diaktifkan untuk berfungsi. Pengguna juga dapat mengesan pergerakan 24 jam lepas seseorang ataupun dalam jarak 10 meter. Phone Tracker boleh diprogramkan untuk merekodkan lokasi setiap 2 hingga 60 minit. Untuk menjejaki seseorang, mereka juga perlu memuat turun applikasi ini.
 
ACCUTRACKING


AccuTracking telah wujud sejak sedekad lalu sebelum kemunculan Google Maps. Ia digunakan untuk menjejaki kenderaan syarikat selain daripada mengawasi anak-anak. Visi AccuTracking adalah untuk menyediakan perkhidmatan kos rendah dan mudah diakses pengguna pada bila-bila masa, dimana sahaja meraka berada. Applikasi ini boleh dimuat turun melalui pelayar web telefon bimbit dengan hanya RM24.60 sebulan. Walaubagaimanapun, Apple’s App Store tidak menyokong applikasi ini.http://glam.my/






https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA lima applikasi yang boleh digunakan untuk mengesan pasangan atau ahli keluarga anda.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top