Hamidah yang mempunyai tiga orang anak berkata, sejak suaminya menggunakan pil perangsang itu, dia terpaksa melayan kehendak suami tanpa mengira masa walaupun ketika datang bulan.
“Masalah saya adalah suami sangat kuat nafsu sejak dia mengambil pil perangsang seks. Dia mahukan seks setiap hari termasuk sewaktu saya didatangi haid,” katanya.Hamidah yang baru melahirkan anak bongsu enam bulan lalu berkata, keinginan suami semakin membuak-buak semasa dia dalam tempoh berpantang.
“Saya juga dipaksa melayaninya selepas 15 hari melahirkan anak meskipun kesan sakit semasa melahirkan bayi masih terasa pada ketika itu,” katanya.Hamidah berkata, jika tidak dilayan nafsu suaminya itu, lelaki yang sudah hidup dengannya sejak lima tahun lalu itu boleh bertukar perangai serta merta.
“Kalau keinginannya tak dipenuhi, saya pula tak tahan mendengar leterannya, malah dia akan bersikap kasar terhadap saya,” katanya.Menurut Hamidah, sedang sibuk dia membuat kuih raya pada Ramadan lalu, suaminya datang tiba-tiba lalu meminta Hamidah masuk ke bilik tidur kerana sudah kemaruk nafsu.
“Kadang-kadang saya terpaksa meninggalkan kerja lain semata-mata ingin penuhi permintaan suami.Malah, katanya, lebih teruk suami memaksa anak-anak supaya tidur awal hingga menyebabkan kerja sekolah anak tidak dapat disiapkan.
“Hidup saya dalam keadaan tertekan. Anak-anak pula menjadi mangsa apabila dipaksa tidur seawal jam 9 malam akibat sikap jelik si bapa,” katanya.Katanya, akibat sikap suaminya itu, dia pernah terfikir untuk bercerai, namun hatinya kuat untuk tidak melepaskan si suami.
“Mana tahan kalau hidup macam ini. Saya fikir sebab ada anak-anak sahaja saya kuatkan hati. Kalau bukan kerana anak, sudah lama saya tinggalkan suami.
“Bagi saya tujuan perkahwinan bukanlah seks semata-mata, sebaliknya banyak perkara yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu,” katanya.
Katanya, suaminya itu dahulu tidaklah kerap melakukan hubungan intim, sehinggakan seorang rakannya memberinya pil perangsang seks.
“Malah dia juga selalunya tewas di ranjang. Mungkin faktor malu menyebabkan dia terpaksa menguatkan tenaga batin untuk mencapai kepuasan,” katanya.
Hamidah berkata, dia juga pernah berbincang dengan suami berhubung hal itu, namun suami mengakui sukar untuk membuang tabiat tersebut.
“Suami mengakui kesan ubat itu sungguh kuat hingga menyebabkan dia ketagihan untuk mengambilnya setiap hari.
“Dia meminta saya memberinya sedikit masa untuk dia mengurangkan ketagihan agar dia dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu,” akui wanita itu lagi.
Seorang lagi wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmah (bukan nama sebenar), 32, berkata, penangan ubat kuat itu menyebabkan suaminya bercita-cita mahu berpoligami.
Rahmah berkata, suaminya yang dahulu baik dan amat menyayanginya sudah berubah sikap kerana mempunyai ‘kekasih gelap’.
Katanya, hancur hatinya apabila mengetahui suaminya itu curang dalam diam, malah terkejut apabila suami sanggup bermadu kasih menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbit lelaki itu.
“Hancur hati saya apabila mengetahui suami sudah pandai bermain kayu tiga. Sangkakan saya panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari,” katanya.
Katanya, dia mengesyaki suaminya curang selepas lelaki itu menggunakan ubat perangsang seks sejak enam bulan lalu.
Saya hairan kerana setiap kali suami pulang ke rumah, dia terus mendapatkan saya untuk melakukan hubungan seks.
“Nafsu suami lebih kuat berbanding sebelum ini dan saya mula curiga dengan sikapnya itu,” katanya.
Bagaimanapun, ibarat kata-kata pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua’ dia terkejut apabila menemui pil perangsang ketika mahu membasuh seluar suami.
“Selepas kami melakukan hubungan seks pada malam itu, saya bertanya suami tentang pil perangsang di dalam seluarnya. Setelah berdolak dalik, akhirnya suami mengakui mengambil ubat tersebut,” katanya.
Sejak itu, katanya, sikap suami mula berubah dan pernah mengakui ingin berkahwin dengan wanita lain.
“Hanya linangan air mata sahaja yang dapat saya zahirkan ketika lafaz itu diucapkan suami kepada saya. Tak sangka, suami sanggup berpoligami semata-mata inginkan seks,” katanya.
“Suami juga sanggup melukakan hati saya dengan berterus terang inginkan wanita yang lebih muda daripada saya untuk memenuhi kehendak batinnya,” ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu.www.pru14.tv
Labels:
perkahwinan
TERIMA KASIH SUDI BACA Padah Mengambil Pil Perangsang Seks, Isteri Tak Tahan Dengan Nafsu Gila Suami . TOLONG SHARE...!