Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Adli Kena Pukul Mak Dan Isteri Diugut Bunuh Oleh PA Timb Menteri Dalam Negeri

1-malam tadi aku sempat berjumpa Adli sekejap sebelum dia masuk lokap.Tak banyak dapat aku tanya dia..Adli hanya senyum aja...

2-aku story sikit bior semua paham jalan cerita.Adli dah berpisah dengan bekas isteri nya.Bekas Isterinya dah kawen lain.Adli pun dah kawen lain.Hak penjagaan Anak Perempuan Adli diberikan pada maknya (bekas Isteri Adli)...Mahkamah dah tetapkan 2 minggu Anak pada Mak, 5 hari Anak pada Adli...

3-Isu bermula bila anak tak mau pulang pada Maknya..takut katanya nak balik pada emaknya....beberapa kali Adli dah cuba nak suh anaknya balik pada Maknya, tapi anaknya tetap tak mahu...

4-Setiapkali cuba dipulangkan malah telah berjumpa dengan maknya, anaknya tetap tak mahu ikut mak..sampai meronta ronta dan menangis...dan setiap kali jadi isu ini, Adli akan buat report polis sebab dia sedar akan perintah Mahkamah dan tak mahu melanggarnya.Adli juga dah maklumkan pada peguam nya berkenaan perkara ini.Peguamnya dah mengambil tindakan selanjutnya dan sudah bertindak memaklumkan dan melakukan perkara yang sepatutnya kepada peguam bekas isteri Adli untuk tindakan lanjut.

5-Kemuncak kejadian ialah bila Adli nak pulangkan anak kepada emaknya...buat kali yang ke enam...hal ini sepatutnya diselesaikan antara dia dan bekas isterinya saja sepertimana di tuntut mahkamah..

6-Tapi sebaliknya berlaku.Bekas isteri dan suami barunya datang bawak geng!dia orang bedal Adli...Bekas isterinya menarik tangan anaknya dan memaksa dia balik ikut dia..sehingga berbirat tangan budak tu! (boleh lihat gambar)...

7-Salah sorang yang membedal Adli mengaku dia adalah P.A kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri (boleh lohat gambar) mengugut untuk menembak Adli dan Isteri Adli kalau tak mahu serahkan Anaknya pada bekas Isteri Adli...

8-Perbualan lanjut aku dengan Emak Adli..Mamat yang mengaku dia P.A pada Timbalan Menteri Dalam Negeri ni siap ugut nak tembak Mak Adli jugak bang! aduiyaaaai....

9-Ketika Adli di bedal..ada beberapa polis bantuan sampai di tempat kejadian...Mereka hanya melihat Adli kena bedal dan asyik cakap suruh pergi balai...setel cara baik...adoyaaai..Adli sorang brader! kena bedal dengan 4 orang....lepas tu Isteri Adli dan mak dia lah terkontang kanting nak selamatkan Adli...bayangkan kudrat pompuan camne? kena tolak melayang bang!bayangkan pulak Mak Adli kena tolak sampai jatuh..aduuuuiiiii...

10-Last Last mereka ke Balai Polis Mutiara Damansara.Kat Balai..si Mamat ngaku P.A Timbalan Menteri Dalam Negeri ni masih kerap kali mengugut untuk menembak Isteri Adli..kebangangan apakah ini?

11-masa ni aku masih kat Rumah.Sebab Adli cakap tak perlu datang.sebab tak ada pape sirius...last last Adli cakap dia kena Tahan lokap..Sebab apa? Atas tuduhan merusuh bang!!!apa jadah dia kena bedal....dia pulak kena tahan? Tuduhan merusuh pulak tu!!tak masuk akal langsung!bila dapat tau Adli kena Masuk Lokap..aku bergegas ke Balai Polis Mutiara Damansara.

12-Aku sampai kat Sana, sempat juga jumpa Adli kejap.Tak sempat cakap banyak...Adli senyum aja..aduiiih..kau masih boleh senyum Bang! dah la dengan muka koyak kena bedal...kena masuk lokap bukan sebab salah kau...pastu kau masih senyum lagi..

13-Lepas tu, aku ikut Mak Adli, Isteri Adli dan beberapa ahli keluarga Adli buat Cover Report kat Balai Polis TTDI...yelah..Adli masuk dalam..tinggal bini dia dengan mak dia...siang tadi baru kena ugut nak kena tembak...aje tak risau bang!

14-3 orang yang memukul Adli pun kena masuk lokap...mamat yang mengaku P.A Timbalan Menteri Dalam Negeri tu...Laki ex Bini Adli dan sorang P.A kepada P.A tu..

15-Persoalan Paling besor bagi kami adalah..Adli kena bedal...Adli yang kena masuk lokap...Adli masuk lokap sebab di tuduh merusuh..eh apa jadah merusuh bang! dia kena bedal nak merusuh apanya!!dia mempertahankan diri dia..anak dia...isteri dia dan mak dia!

16-Untuk Makluman..ketika Adli di bedal, adik Ipar Adli (seorang Lelaki) telah tiba di tempat kejadian dan cuba membantu Adli...dengan Adik Ipar Adli sekali masuk lokap!

17-kepada Pejabat Timbalan Menteri Dalam Negeri,..kau orang kenal ke mamat yang mengaku P.A kepada YB Timbalan Menteri ni (seperti dalam gambar)...kalau betul dia P.A YB Timbalan Menteri Dalam Negeri,,,Tindakan dia mengugut untuk menembak Adli, Isteri Adli dan Emak Adli jelas salah! dan kalau dia bukan P.A YB Timbalan Menteri dalam Negeri....sila ambil tindakan sebab dia gunakan Nama YB Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika melakukan ugutan!

18-Kenapa kami risau dengan ugutan menembak itu? sebab mamat tu mengaku ada Pistol bang!!masa dia pukul Adli.dia suruh P.A dia amek Pistol...dan yang paling mengerikan..Masa kat Balai Polis Mutiara Damansara..dua tiga kali dia tunjuk Pistol kat poket dia pada Isteri Adli..mana tak goyang bang!

19-Saya menyeru kepada yang membaca...terutama kalau ada dari Polis atau Lawyer..bolehkah bantu kami memberi penjelasan tentang perkara ni?kami terutama Isteri, mak dan keluarga Adli agak bingung kenapa Adli dan Adik Ipar dia yang sekali kena masuk Lokap walhal Adli ialah mangsa!

20-Ketika aku tulis ni pun sebenornya aku goyang...yelah bang...Orang ada Pistol bang!..tapi demi keadilan untuk Adli dan keluarganya..aku tulis jugak lah! dia sahabat aku bang! kalau jadi kat sahabat korang tentu kau buat benda yang sama!


artikel yang viral memihak kepada adli jngan percayakan artiekl ini sepenuhnya ikuti kisah sebenar LIKE DISINI 



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Adli Kena Pukul Mak Dan Isteri Diugut Bunuh Oleh PA Timb Menteri Dalam Negeri . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top